Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Monday, December 29, 2014

Saat musibah melanda

Berdoa dgn penuh harapan ITU indah
Berdoa ditemani air mata ITU khusyuk
Namun ia sukar hadir
Melainkan saat musibah ITU melanda
Saat ITU iman terjaga
Dari 'TIDUR' yg lena

Tuesday, August 21, 2012

Semoga Ramadhan mengubah diri.

Rumah dihias serba serbi,
Langsir dan alas ditukar ganti,
Menjelang hari yang mulia ini,
Ingin kudoa sepenuh hati,
Wahai insan yang disayangi,
Semoga ramadhan mengubah diri.

dari akh Japi.

Friday, August 17, 2012

ingin dia selalu menjadi sahabatku

'Ya Allah,jg la shbtku dikala pnjagaanku xsmpai pdnya,sygi dia kala rs sygku xmmpu mrangkulnya dlm dakapan yg nyata,prhatikn dia kala prhatianku xtrangkum dlm kta yg shja.krn Engkau punya sgala yg ku xpunya.krn ku igin dia slalu mjadi shbtku,d dunia & hrp btmunya d syurga.Amin ya Allah..

Tuesday, December 27, 2011

best state

January to December

Sunday ti Saturday

AM to PM

I'll always pray

May

you

are

always

in the best state of iman & health

Tuesday, November 15, 2011

doa saudara

"Tidak seseorang hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan melainkan malaikat berkata; Dan bagimu juga seperti itu." (H.R. Muslim)

Sunday, October 9, 2011

always pray

January to December

Sunday to Saturday

am to pm

I'll always pray

may

U

are

always

in the best state of iman & health

Friday, September 16, 2011

ku temui persaudaraan

dari Islam ku temui keindahan, dari solat ku temui kedamaian, dari quran ku temui kebenaran, dari hadith ku temui pedoman, dari qiam ku temui kekuatan, dari duha ku temui pengorbanan, dari doa ku temui keinsafan dan dari dirimu, ku temui persaudaraan...moga ukhuwah  berkekalan!

Tuesday, September 13, 2011

selalu ingin menjadi sahabatku

Aku melafazkan doa sekudus kasihku "Ya Allah, jaga lah sahabatku dikala penjagaanku tak sampai kepadanya, sayangi dia dikala rasa sayangku tak mampu merangkul dalam dakapan yang nyata, perhatikan dia dikala perhatianku tak terangkum dalam kata yang sahaja. kerana Engkau punya segala yang aku tak punya. kerana aku ingin dia selalu menjadi sahabatku di dunia dan harap bertemu di syurga!"

Tuesday, September 6, 2011

kasih Allah bersamamu

Pada jalan berliku, moga Allah luruskan langkahmu..tika langit dunia runtuh, moga Allah teguhkan aqidahmu..jika kesusahan datang, moga Allah kuatkan hatimu..pada hati yang gelisah, moga Allah curahkan ketenangan dalam dirimu.. moga kasih Allah selalu brsama mu.

Sunday, August 7, 2011

Ramadhan menaungi

"Ya Allah, bulan Ramadhan telah tiba dan sudah pun menaungi kami, oleh itu selamatkanlah ia untuk kami & selamatkanlah kami untuknya. Kurniakanlah kepada kami keupayaan agar dapat melakukan puasa & menghidupkan malamnya. Dan berikanlah kepada kami kecekalan, kesungguhan & kerajinan di dalamnya, serta lindungilah kami di bulan ini daripada segala bentuk fitnah".

Doa yang dikiriman oleh akh Ihsan sempena Ramadhan ini...semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik berbanding yang sebelummya!

Thursday, July 21, 2011

His Forgiveness

Rivalry in worldly increase distracted you, until ye come to the graves...astaghfirullah hal adzim...Let's seek for His forgiveness. Oh Allah my good deeds are very few, forgive me and bestow me & my beloved family

Untuk kesekian kalinya, akh Alif menghantar sms yang memerlukan tahap kerajinan ana untuk menyelak kamus. =P

Friday, June 17, 2011

Kekalkan kami!

Sekujur tubuh menghadap Ilahi menadah tangan panuh mangharap. Diri diinfaq dijalan Ilahi, pengorbanan dicurah walau jiwa dirantap. Ya Allah kekalkan kami di jalan ini

Tuesday, March 15, 2011

Ikhwahku

Ya Allah, tika Kau hadiahkan aku ikhwah, Kau jadikan aku bersyukur atas kurniaanMu. Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku. Kau jadikanlah ikhwahku ini sebagai teman seperjuanganku, peniup semangat jihadku, saling membantu memikul amanat dakwah agamaMu. Kau jadikanlah ukhwah ini disemai atas redhaMu. Teguhkannya atas cinta padaMu. Dilindungi dari maksiat dan hal-hal yang melalaikan kami dari mengingatiMu. Ya Allah , bahagiakanlah hatiku dan hati seluruh ikhwahku dengan cinta kepadaMu.

Jazakallah kepada akh Ihsan yang menghantar sms yang sangat menyentuh hati, uhibbukafillah akhi =)

Friday, February 25, 2011

cinta kepadaMu

Ya Allah, tika Kau hadiahkan aku sahabat..Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaanmu. Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku. Kau jadikan sahabatku ini sebagai teman seperjuanganku, peniup semangat jihadku, saling membantu memikul amanah dakwah agamaMu. Kau jadikanlah ukhwah ini disemai atas redhaMu. Teguhkannya atas cinta padaMu. Dilindungi dari maksiat dan hal-hal yang melalaikan kami dari mengingatiMu. Ya Allah, bahagiaknlah hatiku dan hati seluruh sahabatku dengan cinta kepadaMu...Amin

Monday, February 14, 2011

Sentiasa Mendoakanmu

Sahabatku, bilamana hati berjanji hidup hanya kerana redhaNya, Allah sediakan jalan berliku-liku untuk kita, nafsu melonjak, hati gersang, diri lelah..
tapi itulah jalan menjamin Redha hakiki..
Ingat x kau sahabatku..
Kekasih Allah, bengkak kakinya kerana takut lalai dari mengingati Allah..
Begitulah beratnya, jadi teruskan zikrullah..
rancanglah masamu didalammya hanya untuk Allah dan agamaNya..
Wahai khalifah dunia, teruslah berjuang kerana inilah mahar kita untuk melamar syurga impian..
Sahabatku, daku disini sentiasa mendoakanmu

syukran kepada akh Ihsan atas kiriman sms tahajud yang lumayan panjang hehe

Friday, February 11, 2011

Bertemu & Berpisah

Ya Allah, berkatilah cinta dan ikatan suci ukhuwah yg dibina ini. Sesungguhnya Kaulah yg mpersatukan hati2 kami. KeranaMu kami bertemu dan keranaMu kami berpisah (^_~)

Monday, January 31, 2011

Melamar Cinta & Redha-Mu

Ya Allah, kiranya Engkau mempertmukan kami untuk mendidik diri kami agar lebih menyayangi-Mu, maka hanya Engkau yang mampu membawa hati-hati ini bertaut menelusuri jalan mancari cinta-Mu, mengharap maghfirah-Mu, janganlah Engkau pisahkan hati-hati ini tatkala rindu dan sayang kami belum cukup untuk melamar redha dan cinta-Mu

Friday, December 10, 2010

setulus hati

Ya Allah..Kau cintailah ikhwahku ini.
Tusukkanlah dadanya dgn iman, taqwa dan cinta tertinggi terhadap-Mu.
Bersih dan sucikanlah hatinya untuk terus mengabdikan dirinya kepada-Mu SETULUS HATI

Saturday, November 13, 2010

cinta-Mu

Ya Allah, sekiranya Engkau mempertemukan kami utk mendidik diri kami agar lebih mencintaiMU,
maka hanya Engkau yang mampu membawa hati-hati ini bertaut menelususri jalan mencari cintaMu & mengharap maghfirahMu..

jangan Engkau pisahkan hati-hati ini dikala rindu & sayang kami belum cukup utk melamar redha & cintaMu...

Tuesday, October 5, 2010

Belajar

"Ya Allah ajarkanlah kami bahawa belajar ini bukan untuk sesiapa
tapi hanya kerana-Mu

Belajar kami ini bukan untuk diri
bahkan untuk seluruh umat Rasul-Mu

Belajar ini bukan untuk saat ini
bahkan untuk sepanjang zaman-Mu

Ajarkanlah kami apa-apa yang kami tidak tahu tentang ilmu-Mu
Ingatkanlah kami apa-apa yang kami lupa tentang-Mu
Redhailah setiap langkah kami

kerana hanya kepada-Mu lah kami akan kembali"

sms yang sangat menginsafkan, mengingatkan kita untuk kembali meluruskan niat agar sentiasa ikhlas dalam menuntut ilmu.