Orang mukmin sejati apabila diuji, dia mampu untuk bersabar & tidak cepat melatah. Bagaimana ujian yang datang bertimpa timpa membuatkan jiwa terasa lemah, lelah, perit & duka namun hati masih ingin berpaut kepadaNya... Jiwanya akur & pasrah atas setiap ketetapan takdir
Thursday, October 6, 2011
apabila diuji
Friday, September 30, 2011
Dari Dirimu
Dari ISLAM, kutemui keindahan...
Dari SOLAT, kutemui kedamaian...
dari ALQURAN, kutemui kebenaran...
Dari HADIS, kutemui pedoman...
Dari QIAM, kutemui kekuatan...
Dari DHUHA, ketemui pengorbanan...
Dari DOA, kutemui keinsafan dan
Dari DIRIMU, kutemui persaudaraan...
moga ukhwah berkekalan...
uhibukafillah akh
kredit kepada Akh Zainul atas SMS.
Tuesday, September 27, 2011
mengenalimu
mengenalimu adalah suatu kesyukuran, bersahabat denganmu adalah suatu rahmat, bersaudara denganmu adalah kurnia yang tak terlupakan
Wednesday, September 21, 2011
mari muhasabah diri
Segak dan cantik manapun diri, bukanlah namanya pahlawan jika nafsu tidak dapat dilawan..setinggi mana pun darjat, bukanlah namanya mulia jika tiada iman didada. melangit mana pun ilmu, bukanlah namanya bijaksana jika tidak diamal dan diguna, sealim manapun waraknya, bukanlah ulama jika takbur dan riak
Friday, September 16, 2011
ku temui persaudaraan
dari Islam ku temui keindahan, dari solat ku temui kedamaian, dari quran ku temui kebenaran, dari hadith ku temui pedoman, dari qiam ku temui kekuatan, dari duha ku temui pengorbanan, dari doa ku temui keinsafan dan dari dirimu, ku temui persaudaraan...moga ukhuwah berkekalan!
Wednesday, September 14, 2011
hidup bahagia
Dalam hidup terkadang kita lebih banyak mendapatkan perkara yang tidak kita inginkan dan ketika kita mendapatkan perkara yang kita inginkan, akhirnya kita sedar bahawa yang kita inginkan tidak membuat hidup kita lebih bahagia
Kata-kata yang indah ini diambil dari wall photo Amir Al-Ramadhaniecie.
Tuesday, September 13, 2011
selalu ingin menjadi sahabatku
Aku melafazkan doa sekudus kasihku "Ya Allah, jaga lah sahabatku dikala penjagaanku tak sampai kepadanya, sayangi dia dikala rasa sayangku tak mampu merangkul dalam dakapan yang nyata, perhatikan dia dikala perhatianku tak terangkum dalam kata yang sahaja. kerana Engkau punya segala yang aku tak punya. kerana aku ingin dia selalu menjadi sahabatku di dunia dan harap bertemu di syurga!"
Monday, September 12, 2011
mata hamba
Insan yang berjiwa hamba perlu ada 2 mata di wajahnya. Untuk memandang seluruh urusan dunianya. Dan ada lebih dari 2 mata di hati agar cukup untuk melihat seluruh perkara akhiratnya
Saturday, September 10, 2011
Yakin pada Allah
Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan.Yakin pada Allah adalah meletakan keredaan pada ketentuanNya. Syukur pada Allah kerana pemberiaanNYa kerana apa yang kita minta belum tentu baik utk kita. Gunakan segala nikmat yang Allah berikan dengan sebaik mungkin, itulah tanda syukur kita pada Allah
Tuesday, September 6, 2011
kasih Allah bersamamu
Pada jalan berliku, moga Allah luruskan langkahmu..tika langit dunia runtuh, moga Allah teguhkan aqidahmu..jika kesusahan datang, moga Allah kuatkan hatimu..pada hati yang gelisah, moga Allah curahkan ketenangan dalam dirimu.. moga kasih Allah selalu brsama mu.
Sunday, September 4, 2011
Nilai Sahabat
Jika dikatakan embun pagi itu suci, suci lagi pengorbanan dan keikhlasan. Jika dilihat bulan itu indah, indah lagi sebuah pertemuan. Jika dirasa mutiara itu bernilai lagi persahabatan kita
Friday, September 2, 2011
kasih Allah bersamamu
Pada jalan berliku, moga Allah luruskan langkahmu..tika langit dunia runtuh, moga Allah teguhkan aqidahmu..jika kesusahan datang, moga Allah kuatkan hatimu..pada hati yang gelisah, moga Allah curahkan ketenangan dalam dirimu.. moga kasih Allah selalu brsama mu
Subscribe to:
Posts (Atom)