Friday, November 26, 2010

mencari redha Allah

jadilah sebaik-baik ummat,
tunduk sebagai hamba,
berjalan sebagai khalifah,
menyusuri kehidupan mencari sebutir permata iman,
menyemai sepohon taqwa,
agar dapat berteduh dari kepanasan nafsu,
berlindung dari angin hasutan syaitan..
dalam mencari keredhaan Allah S.W.T...

Monday, November 22, 2010

tulis namamu

ku tulis namamu di laut,
ia hilang dipukul ombah,
kutulis namamu di langit,
ia hiang ditiup angin,
tetapi bila kutulis namamu di hatiku,
ia kekal selamanya!

Friday, November 19, 2010

rain, sun and our friendship

when it rains

you don't see the sun

but it's still there.

Hope we can be like that

we don't see each other

but we'll still remember for each other...
(^_^)

Tuesday, November 16, 2010

Sahabat

"Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku.
Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati.
Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk aku berasa senang.
Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri.
Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka dan duka.
Jika aku dapat, aku akan setia padanya"

~Imam Syafie~

sms ni ana dapat dari seorang ikhwah yang sangat baik dalam hidup ana. SMS yang sangat menyentuh hati

Sunday, November 14, 2010

Halawatul Ukhwah

Nikmat paling manis ialah apabila Allah mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian

namun,
tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan
alirkan HALAWATUL UKHUWAH kesungguhan dalam perjuangan melalui robitah hati
semoga ukhuwah yang terbina atas dasar keimanan ini berkekalan selamanya..

Saturday, November 13, 2010

cinta-Mu

Ya Allah, sekiranya Engkau mempertemukan kami utk mendidik diri kami agar lebih mencintaiMU,
maka hanya Engkau yang mampu membawa hati-hati ini bertaut menelususri jalan mencari cintaMu & mengharap maghfirahMu..

jangan Engkau pisahkan hati-hati ini dikala rindu & sayang kami belum cukup utk melamar redha & cintaMu...

Tuesday, November 9, 2010

Life With People

Life is never measured by
the years we live
or
the wealth we possess,
but
by the caring we do.

The cheer and love we share
with the people whose hearts
we've touched!

Friday, November 5, 2010

Sabar

Sabar itu... paling utama.
Allah menguji kita agar kita sedar,

makin taat,
makin cinta,
semakin sayang
dan
semakin rindu padaNYA.

oleh itu,
bersabarlah terhadap segala kesulitan sekarang.
nescaya Allah memberi kemudahan pada masa akan datang..
ameen.

Thursday, November 4, 2010

Bangga

Ku bangga melihatmu derita dalam perjuangan
dari melihatmu gembira dalam kelalaian,
kubangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan
daripada melihat tawamu kerana pengkhianatan,
kubangga andai kau syahid
dari kau hidup tanpa Islam..
ukhti/akhi,
perjuangan kita perjuangan yg susah.
andai kukatakan padamu perjuangan itu pahit,
sahutlah kembali padaku syurga itu manis...

perkataan ukhti atau akhi tu tukar ikut keperluan ya!kalau ikhwah yang hantar sms, jangan la pulak guna ukhti. Nanti murobbi marah kehkehkeh...

Wednesday, November 3, 2010

Ketentuan tuhan

Carilah hikmah dalam setiap ketentuan Tuhan,
Supaya timbul rasa kesabaran & kesyukuran,
setiap yang payah itu pasti ada kesenangan,
setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran..
jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita,
tiada siapa yang akan dapat menghalang
namun jika sesuatu itu bukan ditakdirkan untuk kita,
pasti takkan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman..

p/s: ini adalah perkongsian dari seorang pembaca blog sms bermanfaat ni. Ana ucapkan ribuan terima kasih atas kesudiannya!

Monday, November 1, 2010

Remember each other

Valuing someone isn't merely by seeing each other everyday.

What is important is in our busy lives,

We REMEMBER EACH OTHER!!