Wednesday, December 15, 2010

Sahabat

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar,
sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan,
sahabat sejati menjadi pendorong impian,
sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah

Sunday, December 12, 2010

redha kasih Ilahi

Aku tak pernah mengimpikan pertemuan ini..
apalagi mengharapkan hidup yang kosong kembali berseri..
haruman ukhwah yang kau siramibak hembusan kasturi menyegarkan rohani..
siapa aku tak layak dihargai..
tapi..
kau tetap tegar melayani..
ku lafazkan zikir alunan Ilahi..
sujud mengisi anugerah ukhwah suci..
moga kita tatap bersama meniti hari..
jatuh bangus dirasai..
teruskan perjuanganmu wahai mujahd addin..
walau darah menitis membasahi bumi..
kau tetap teguh berdiri mengharap redha kasih Ilahi.

Friday, December 10, 2010

setulus hati

Ya Allah..Kau cintailah ikhwahku ini.
Tusukkanlah dadanya dgn iman, taqwa dan cinta tertinggi terhadap-Mu.
Bersih dan sucikanlah hatinya untuk terus mengabdikan dirinya kepada-Mu SETULUS HATI

Wednesday, December 8, 2010

Seruan-Nya

Kerana cinta pada Rabbnya, cinta yang lain dikorbankan.
Walau berat hati namun tetap diteruskan.
Tanpa ragu dan beralasan.
Seruan-Nya harus diutamakan.

Monday, December 6, 2010

erti cinta

bertemu tidaklah memadam rindu
mengikut nafsu bukanlah maknanya cinta
saling mendoakan itulah pengubat rindu
saling berkorban itulah namanya cinta