Friday, February 25, 2011

cinta kepadaMu

Ya Allah, tika Kau hadiahkan aku sahabat..Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaanmu. Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku. Kau jadikan sahabatku ini sebagai teman seperjuanganku, peniup semangat jihadku, saling membantu memikul amanah dakwah agamaMu. Kau jadikanlah ukhwah ini disemai atas redhaMu. Teguhkannya atas cinta padaMu. Dilindungi dari maksiat dan hal-hal yang melalaikan kami dari mengingatiMu. Ya Allah, bahagiaknlah hatiku dan hati seluruh sahabatku dengan cinta kepadaMu...Amin

Wednesday, February 16, 2011

masih mengingati siapa diriku

sekiranya waktu sekejap itu manjadi kenangan untuk kita ingati sepanjang zaman,
ingatlah selagi kau mampu.
Jika pula masa mendatang memisahkan keakraban yang telahbertahun terbina,
ukirlah cebisan kenangan tentang aku dihatimu
agar nanti tika bersua kau mashi mengingati siapa diriku

terima kasih kepada incek amzar aka sastrawan kecik yang mengirimkan sms yang sangat jiwang (baca: puitis)

Tuesday, February 15, 2011

Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul Buat Ikhwah-Ikhwah Ku Sekalian,
Marilah kita bersama - sama menghayati sirah baginda,
Kita jadikan baginda sebagai role model sepanjang hayat,
Surah Al-Ankabut ayat 21
dan
perbanyakkan Salam dan Selawat ke atas Rasullullah,
Sunggguh Allah dan Malaikat pun berselawat ke atas baginda,
Surah Al-Ankabut ayat 56

Monday, February 14, 2011

Sentiasa Mendoakanmu

Sahabatku, bilamana hati berjanji hidup hanya kerana redhaNya, Allah sediakan jalan berliku-liku untuk kita, nafsu melonjak, hati gersang, diri lelah..
tapi itulah jalan menjamin Redha hakiki..
Ingat x kau sahabatku..
Kekasih Allah, bengkak kakinya kerana takut lalai dari mengingati Allah..
Begitulah beratnya, jadi teruskan zikrullah..
rancanglah masamu didalammya hanya untuk Allah dan agamaNya..
Wahai khalifah dunia, teruslah berjuang kerana inilah mahar kita untuk melamar syurga impian..
Sahabatku, daku disini sentiasa mendoakanmu

syukran kepada akh Ihsan atas kiriman sms tahajud yang lumayan panjang hehe

Friday, February 11, 2011

Bertemu & Berpisah

Ya Allah, berkatilah cinta dan ikatan suci ukhuwah yg dibina ini. Sesungguhnya Kaulah yg mpersatukan hati2 kami. KeranaMu kami bertemu dan keranaMu kami berpisah (^_~)