Thursday, April 28, 2011

Sengsara Membawa Nikmat

Sengsara membawa nikmat..."orang yang tak pernah pedih hatinya, tak pernah merasai kelagaan hati. Orang yang tak pernah merasakan lapar, tak mengetahui nikmatnya kenyang. Orang yang tak pernah sakit, tak mengerti nikmatnya sihat. Orang yang taak pernah dipenjara, tak memahami indahnya kemerdekaan. Ingat! musibah adalah pelajaran"

buat akh Ihsan yang tak jemu menghantar sms pembakar semangat, syukran jazilan...memang sangat bersemangat setalah membaca sms yang dikirimkan. SMS tersebut adalah kata-kata yang dipetik dari untaian kata-kata Dr. Aidh al-Qarni. Respect la kat anta akh, banyak betul anta membaca buku yang tak berkenaan dengan sains makanan dan pemakanan. Knoledge is power, read!

Monday, April 25, 2011

bersama orang beiman

Bukan cinta manusia yang ku damba, tapi cinta agung sang maha pencipta yang ku cari. Bukan kawan, lawan, kekasih yang dirindui, tapi pertemuan dengan Allah di akhirat kelak. Bertemu berpisah kerana Allah, ukhwah terjalin atas landasan iman, rindu padamu teringat Allah. Moga nanti bersama dengan orang beriman.

*p/s : Sstelah sekian lama akh Musari mendiamkan diri. Suatu malam ana dapat sms ni dari ikhwah tersebut. Selamat bermujahadah akh.

Sunday, April 24, 2011

Heart we've touched

Life is never measured by the years we live or the wealth we possess, but by the caring we do, the cheer & love we share with the people whose hearts we've touched.

Friday, April 22, 2011

someday

Someday, someone might come into your life and love you the way you're always wanted. If your someday was yesterday, learn. If your someday is today, cherish...

Kali ini sms ana ambil dari youtube kedaikreatifcom. Kata-kata kat hujung video sangat la menyentuh hati. Kalau anda berminat nak lebih banyak, boleh la merajinkan diri untuk melihat-lihat koleksi video yang cute dan himpunan kata-kata yang sangat sweet kat kedaikreatifcom tu.

Tuesday, April 19, 2011

jalan Allah

Kita minta kepada Allah setangkai bunga segar, Dia beri kaktus berduri. Kita minta kupu-kupu, diberi ulat berbulu. Kita sedih & kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga, indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang cantik. Itulah jalan Allah, indah pada masanya. Allah tak memberi apa yang kita angankan, tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang-kadang kita sedih, kecewa, terluka tetapi jauh di atas segalanya, Da telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

redha

Redhalah terhadap keputusan Allah pada setiap yang ditetapkan. Sesungguhnya Dia tdak mencegah pemberianNya melainkan yang terbaik buatmu. Diatidak menguji kecuali untuk mengampunimu, tidak memberi sakit kecuali untuk meningkatkan darjatmu. Usah sampai ketetapanNya membuatmu tidak redha meski seketika cuma kerana ia hanya akan memalingkan dirimu dari pandanganNya. Semoga Allah mencintaimu bersama para kekasihNya

kalau antum dah biasa dengar istilah "SMS Tahajud", kali ini ana dapat satu lagi jenis sms...oleh kerana dihantar untuk mengucapkan selamat duha, jadi ana namakan sms seperti ini dengan "SMS Duha". Idea menarik dari incek Amzar

U.K.H.W.A.H

Allah aturkan antara kita 1 pertemuan, dalam 1 pertemuan ditetapkan 2 hati, ana dan anta. Dalam 2 hati Allah berikan 3 rasa, Sayang, Kasih & Cinta. Dalam 3 rasa itu, diselitkan 4 tujuan, Berukhwah, Berjuang, Berjihad & Berdakwah. Dalam 4 tujuan itu, tersembunyi 5 perkataan, Berukhwah bersama dalam misi dakwah. Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian iaitu, Sayang, Kekal, Setia, Mengerti, Menghargai & Mengingati. Serta dalam 6 perkataan itu tersimpul 6huruf iaitu "U.K.H.W.A.H"

p/s: Ikhwah yang bertanggungjawab dalam menghantar sms yang panjang berjela-jela ini dalah akh Azwan KML. masa tu ana dalam perjalanan untuk daurah KML. Terharu dengan sms seperti ini

Monday, April 18, 2011

Teman Rapat

"Seseorang berada atas agama  sahabat baiknya. Maka hendaklah seseorang kamu memperhatikan siapakah dia jadikan teman rapatnya"
~HR Ahmad~