Monday, June 27, 2011

jangan ada maksiat

Pengorbanan kita dalam dakwah cukup menguji kita dalam mahu istiqamah. Namun keranaNya kita masih "ikhwah", di masa yg sama kita tetap bermaksiat seperti bukan "ikhwah". Apakah kerana niat kita salah? atau kita memang tak layak berada di jalan ini? Ayuh kita muhasabah jangan biarkan maksiat menggelincirkan kita dari jalan meraih redhaNya!

Tuesday, June 21, 2011

IstiqamalaH!!!

"Ikhwati ilallah, tetaplah kamu pada jalan Allah SWT, kerana Allah SWT mencintai Kaki-kaki yang tetap pada jalanNya, ujian itu adalah tanda cintaNya padamu, wahai jiwa yang memberontak, kembalilah kepada ketenangan di sisi Allah SWT yang menguasai ketenangan"

Jazakumullahu khairon..kata-kata penuh hikmah ini ada terima daripada seorang ikhwah bernama Akhi Azhar pada 18-06-2011..barakalah buat antum..moga kata2 tersebut menjadi wadah kepada ana dan ikhwah2 sekalian kepada hidayah Allah SWT agar terus ISTIQAMAH di jalanMu Yaa Allah..Ameen

Monday, June 20, 2011

Sunnahtullah Perjuangan

Ya Allah,
sesungguhnya telah banyak perkara yang aku lihat didunia ini.
Seorang yang kuat dahulu mulai melemah,
yang aktif kini menjadi pasif,
yang dekat kini terasa jauh.
Adakah ini sunnahtullah perjuangan.
Ya Allah,
Janganlah kau jadikan fitnah bagi kami dan
tetapkanlah kami di atas perjuangan ini.
Amin.

kredit to akh ihsan kerana bagi sms n time ana tengah down..

Friday, June 17, 2011

Kekalkan kami!

Sekujur tubuh menghadap Ilahi menadah tangan panuh mangharap. Diri diinfaq dijalan Ilahi, pengorbanan dicurah walau jiwa dirantap. Ya Allah kekalkan kami di jalan ini

Wednesday, June 15, 2011

Nikmat Nikah!!

"Nikah melengkapkan agama, iman dan taqwa. Solat akan terasa lebih manis, Sebaik-baik yang beriman ialah yang berlaku baik kepada isterinya. SEMANGAT! Nikah!"

Jazakalah khairon ana ucapkan kepada akhi Ismail kerna memberi SMS ini kepada ana. Peringatan ini akan ana ingat selalu takkalah SMS ini ana terima di hari bersejarah dalam hidup ana iaitu HARI PERKAHWINAN ana pada 4/6/2011..Barakalah Akhi..

Tuesday, June 7, 2011

Perjuangan Daei'

Perjuangan kita sebagai daei' bukan seperti mereka yang hidup bagaikan robot untuk memenuhi tuntutan dunia! Kita berjuang untuk mengharumkan nama Islam dan meraih Redha-Nya. Selamat Berjuang Akhi!

Satu lagi sms pembakar semangat yang dihantar oleh Akh Japi, ana sangat berharap agar dapat meminjam kekuatan ikhwah-ikhwah sekalian tatkala berjauhan dari antum semua.