Wednesday, August 31, 2011

mohon maaf segala kesalahan

Sebulan sudah Ramadhan bertandang, Syawal dijemput, Aidilfitri dirai, nikmat ukhwah sentiasa dikenang, kemaafan ditaut doa mengiring...mohon maaf segala kesalahan!

Monday, August 29, 2011

pulangan yang berbeza

Allah ciptakan laut yg terbentang luasn utk manusia mencari maksud hidupnya. Ada manusia  melihat laut, ia nampak buih2 di permukaannya, ada yg nampak ikan2 dan hasil laut yg lainnya, ada juga yang melihat "emas hitam" di dalamnya...Ramadhan menjanjikan pulangan berbeza kepada setiap manusia yg berbeza cara melihatnya

*seluruh tenaga kerja himpunan SMS bermanfaat mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat semua yang setia mengunjungi blog ini, semoga kita semua sentiasa berbahagi dan berkongsi apa jua kebaikan untuk manfaat umat!

Saturday, August 27, 2011

adat menegur

Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri. Ingat, itu adatnya!

Friday, August 26, 2011

bukan mudah

Bukan mudah mempersiap diri menjadi seorang hamba yang bersyukur, tenang & sabar perisai duka, segala derita dalam kehidupan hadapi tanpa riak sangsi, Allah menjadi tempat mengadu, Quran sebagai penawar kalbu, Rasul menjadi qudwah hasanah, sahabat2 menjadi peneman yang hikmah, tiada keluhan & paksaan, hadapi dugaan penuh kerelaan, itulah  resam orang yang kental hatinya, segala kebahagiaan perlu pengorbanan, demi menyambung hidup ini dengan redha Ilahi. Moga terus tegar & cekal walaupun kadang2 kaki tersadung akar ujian.

Thursday, August 25, 2011

cermin manusia

Manusia memerlukan 'cermin' bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah dan bakal mengundang padah?

Wednesday, August 24, 2011

iman dibukti dengan amal

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yg terpancar di dalam hati & dibuktikan dengan amal

Kerdit kepada ukhti Zainora Zaini atas kesudian berkongsi beberapa SMS untuk disiarkan di blog ini. Kalau ada lagi pembaca yang lain berminat untuk turut sama menyumbang, boleh hantarkan ke ismiabudzar[at]gmail[dot]con

Monday, August 22, 2011

kebahagiaan & ketenangan

Hilang harta bukan bererti hidup merana, hilang permata bukan bererti buta, hilang jam bukan bererti rugi masa, tetapi andai hilangnya HATI untuk SOLAT dan Al-Quran itulah balasan kehilangan KEBAHAGIAAN dan KETENANGAN!

Sunday, August 21, 2011

apa khabar hati? apa khabar iman?

Apa khabar HATI? Masihkah ia seperti EMBUN? Menunduk tawaduk di pucuk2 daun... Masihkah ia seperti batu karang? Berdiri tegar menghadapi gelombang UJIAN... Apa khabar IMAN? Masihkah ia seperti bintang? Terang benderang menerangi KEHIDUPAN...

kredit kepada akhi Ku Aznan, sebab ini adalah copy & paste dari wall fb Ku Aznan

Saturday, August 20, 2011

orang yang rugi

Dan orang-orang beriman berkata "sesungguhnya orang-orang yang rugi ialah orang yang merugikan diri mereka sendiri pada hari kiamat..(42:45) Selamat mencari al-Qadr

ini adalah post yang ke-100. Terima kasih atas sokongan pembaca selama ini dan mudah-mudahan banyak memberi manfaat untuk semua

Thursday, August 18, 2011

that's my friend

I may not be the most important person in your life, BUT I just hope that one day, when you hear my name, you would just SMILE and SAY "hey, that's my friend"

Wednesday, August 17, 2011

best things in LIFE

I pray that God would hold you tight, and Angels would keep you n sight, not just you feel alright, but for you to have all the best things in LIFE..

Monday, August 15, 2011

pemilik cinta abadi

Dia sering memberi sebelum tangan meminta. Sudi mendengar rintihan meski diri penuh dosa. Tiada peduli mengampun andai benar-benar ingin kembali. DIA lah sang hakiki pemilik cinta abadi sandaran jiwa hamba sejati..

Sunday, August 14, 2011

cambahan cinta

Cinta ku pada mu adalah cambahan cinta mu kepada Allah, Rasul & Jihad. Matinya cinta ku & cinta mu kerana kita tidak cintakan Nya. Semoga Allah menaungi kita di bawah arasy Nya dihari yang tiada naungan kecuali dengan izin Nya.

Saturday, August 13, 2011

mencari magfirah

Fasa pertama Ramadhan telah berlalu, moga segala yang diatur dapat dilaksanakan dengan istiqamah dan dan lebih berkualiti di fasa kedua ini dalam mencari magfirah dari Allah "asshoumu junnah" puasa itu perisai (Bukhari & Muslim)

Kerdit kepada Akh Hanif...semoga kita semua mendapat maghfirah dari Allah!

Wednesday, August 10, 2011

persaudaraan antara kita

x kira sekuntum bunga itu harus @ x, tumbuhnya tetap di tanah. Begitu juga bulan, tak kira apa bentuknya,tempatnya tetap di langit & begitu juga persaudaraan antara kita, x kira jauh @ dekat, jumpa @ x, tempatnya tetap di dalam hati..Sesungguhnya nilai persaudaraan itu lebih bermakna dari segalanya

Akhi Faridi menghantar SMS yang paling best sepanjang cuti! Tak kira jauh atau dekat, jumpa atau tak...persaudaraan tetap di hati

Monday, August 8, 2011

Muhasabah Ramadhan

Hari berganti hari, puasa demi puasa dilalui, tarawih dilakukan setiap malam tapi bagaimanakah tahap keimanan kita? Sudahkan mencapai tahap taqwa yang diinginkan, harapan Ramadhan mampu mentarbiyah kita menjadi insan yang lebih taqwa, al-Quran dibaca setiap malam, bergetarkah hatimu dengan ayat2 Tuhanmu, puasa menahan diri, apakah puasa menahan dari berbuat dosa? Bertahun lamanya hidup, apakah pahala yang diraih atau adakah dosa yang dikumpul? Mungkinkah syurga yang dicapai atau neraka yang diperoleh? Sama-samalah kita muhasabah diri dan ibadah kita...Salam Ramadhan!

Panjang betul SMS dari akh Musari...mengingatkan kita agar sentiasa merenung kembali amalan yang kita telah lakukan. Semoga semua kebaikan dan ketaatan tersebut dapat dijadikan sandaran bagi mendapatkan redha Allah swt

Sunday, August 7, 2011

Ramadhan menaungi

"Ya Allah, bulan Ramadhan telah tiba dan sudah pun menaungi kami, oleh itu selamatkanlah ia untuk kami & selamatkanlah kami untuknya. Kurniakanlah kepada kami keupayaan agar dapat melakukan puasa & menghidupkan malamnya. Dan berikanlah kepada kami kecekalan, kesungguhan & kerajinan di dalamnya, serta lindungilah kami di bulan ini daripada segala bentuk fitnah".

Doa yang dikiriman oleh akh Ihsan sempena Ramadhan ini...semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik berbanding yang sebelummya!

Saturday, August 6, 2011

ikhlaskan semuanya

tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah, tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah, tika bahu tak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah, ikhlaskan semuanya & dekati Allah

Thursday, August 4, 2011

Tingkatkan Iman

Ketahuilah bahawa di bulan ini, pintu2 syurga terbuka dan tertutup pintu2 neraka, mari sama2 kita tingkatkan iman sejajar pertambahan amal di bulan barakah ini

akh Masry menghantar pesanan yang sangat bermanfaat. Mengingatkan agar kita banyak beramal dalam bulan yang barakah ni =]

Wednesday, August 3, 2011

Romadhan sudah tiba

 ──────▄▌█▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀​▀▀▀▀▀▀▀▀▌
───▄▄██▌█ ║▌║█║▌ Ketepiiiiiii Ketepiiiiiiiii █║▌║▌│
▄▄▄▌▐██▌█ ...Romadhan Al-Mubarok...Sudah Tiba....
███████▌█▄▄▄▄ ▒▒▒▒▒▒▒▒▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▌
▀❍▀▀▀▀▀▀▀❍❍▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀​▀▀▀❍❍▀▀ ♥..brom x2 (~~)(~~)

Sejujurnya ini bukan kiriman sms tapi dapat ana dapat dari group FB MRSM MERSING yang dikirim dari Jamahiri Nurulhidayah. Kalau ada sesiapa yg kreatif boleh la buat untuk di"sms"kan kepada ikhwah2

Tuesday, August 2, 2011

smile

A SMILE is a curve that sets everything straight and wipes wriggles away! Hope you'll share @ receive a lot. Here's one from me (`._,'). Smile always. Take care..

ini sms yang dah lama sebenarnya, akh Amzar yang hantar! seperti biasa, setiap sms kiriman akh Amzar sangat menyenangkan hati. Cuma sekali lagi, gambar orang senyum tu tak compatible dengan blog, hanya untuk aplikasi phone sahaja kot. Sebab tu la tak nampak sangat macam orang senyum!

Ramadhan adalah pemutih

Jika seluruh HARTA adalah racun, maka ZAKAT lah penawarnya, jika seluruh UMUR adalah dosa, maka TAUBAT lah ubatnya, jika seluruh BULAN adalah noda, maka RAMADHAN lah pemutihnya..MARHABAN YA RAMDHAN

Fasting Month

 ( *
,;*””*:,
*;,¥.;* Happy Ramadhan
__)(_May this Fasting Month brings joy & Nur into your life and receive Allah forgiveness

sebenarnya gambar dalam phone ana jauh lebih cantik dari apa yang ada kat sini, mungkin sebab font dan simbol tu hanya indah kalu dilihat menerisi phone kot. Apa pun, ini adalah kiriman akh Kimo yang sekarang ni dah ada blog...bagi yang berminat untuk membaca blog akh Kimo a.k.a Hakim, boleh layari Muslim'sDigest