_Puitis Untuk Iman_
Bangkitlah wahai pemuda menegakkan Islam Mu..
Sedarlah akan serangan pemikiran ke atas Mu..
Hidupkan kembali cahaya iman di jiwa Mu..
Syahid di jalanNya itulah pemergian Mu..
Tuesday, July 12, 2011
friend like computer
A good friend is like a computer, I ENTER your life, SAVE you in my heart, SCAN & FORMAT our talks, COPY & PASTE your kindness & never DELETE you from my memory!
Sejak akhir-akhir ni ana dapat banyak pulak sms yang berkaitan dengan komputer, hari tu jumpa di FB. Ana dah kongsikan tajuknya "Komputer Diri". Kali ni sms yang ana dapat dari dua ikhwah selang sehari. Mula-mula akh Amzar hantar, esoknya adik dia pulak, Akh Firdaus. Tapi ana rasa antara mereka berdua ni, akh Firdaus lebih faham la kot apa isi kandungan sebenar sms yang dikirimkan. He is the computer expert!
Monday, July 11, 2011
Check List Sya'ban
Hidupkan malam dengan bacaan Quran
Banyakkan berdoa agar dipanjangkan umur agar dapat banyak beribadah, murah rezeki agar dapt banyak sedekah dan tetap iman.
Digalakkan berpuasa kecuali pada hari syak (30 Sya'ban)
~Selamat beramal~
SMS dari sorang kenalan yang ana jumpa di tempat belajar motor. Imran namanya. Semoga saja ana dapat terus berdamping dengan orang-orang soleh seperti akh Imran ni
Sunday, July 10, 2011
Simple Message
In times when we're both busy, there might be no time for conversation but still, here's a simple message to let you know that you're not forgotten, TAKE CARE
syukran jazilan buat akh Ihsan yang telah menghantar sms ini. Nta mungkin sibuk tapi ana tak pun. Bercuti kat rumah je! Apa pun, sms tersebut tanda keutuhan ukhwah antara kita =]
Thursday, July 7, 2011
Komputer Diri
Sentiasa ON9 Dengan TUHAN
Berusahalah Untuk OFF9 Dengan SYAITAN
Bersungguh2 Untuk DOWNLOAD ilmu Pengetahuan
UPLOAD Amal Kebajikan
RESTART Diri Dengan Memohon Keampunan
SHUTDOWN Hayat Mu Dengan KEIMANAN
kali ni ana ambil dari wall FB group Daei Junior yang telah di post oleh Arisa Nurailiz. Cam best kan!
Saturday, July 2, 2011
Allah sentiasa bersamamu
Akhi, alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan, tapi hanya Allah saja yang tahu rahsia di dalamnya... begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa tapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya... Jika kau kecewa, pandanglah ke sungai, airnya mengalir biar berjuta batu menghalang. Jika kau sedih, pandanglah ke langit, kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersama mu
sms dari akhi Firdaus a.k.a. Awan_Biru yang panjang berjela-jela, usai membaca sms ini membuatkan hati tidak henti bersyukur kerana kita sentiasa ada Allah =]
Monday, June 27, 2011
jangan ada maksiat
Pengorbanan kita dalam dakwah cukup menguji kita dalam mahu istiqamah. Namun keranaNya kita masih "ikhwah", di masa yg sama kita tetap bermaksiat seperti bukan "ikhwah". Apakah kerana niat kita salah? atau kita memang tak layak berada di jalan ini? Ayuh kita muhasabah jangan biarkan maksiat menggelincirkan kita dari jalan meraih redhaNya!
Tuesday, June 21, 2011
IstiqamalaH!!!
"Ikhwati ilallah, tetaplah kamu pada jalan Allah SWT, kerana Allah SWT mencintai Kaki-kaki yang tetap pada jalanNya, ujian itu adalah tanda cintaNya padamu, wahai jiwa yang memberontak, kembalilah kepada ketenangan di sisi Allah SWT yang menguasai ketenangan"
Jazakumullahu khairon..kata-kata penuh hikmah ini ada terima daripada seorang ikhwah bernama Akhi Azhar pada 18-06-2011..barakalah buat antum..moga kata2 tersebut menjadi wadah kepada ana dan ikhwah2 sekalian kepada hidayah Allah SWT agar terus ISTIQAMAH di jalanMu Yaa Allah..Ameen
Monday, June 20, 2011
Sunnahtullah Perjuangan
Ya Allah,
sesungguhnya telah banyak perkara yang aku lihat didunia ini.
Seorang yang kuat dahulu mulai melemah,
yang aktif kini menjadi pasif,
yang dekat kini terasa jauh.
Adakah ini sunnahtullah perjuangan.
Ya Allah,
Janganlah kau jadikan fitnah bagi kami dan
tetapkanlah kami di atas perjuangan ini.
Amin.
kredit to akh ihsan kerana bagi sms n time ana tengah down..
sesungguhnya telah banyak perkara yang aku lihat didunia ini.
Seorang yang kuat dahulu mulai melemah,
yang aktif kini menjadi pasif,
yang dekat kini terasa jauh.
Adakah ini sunnahtullah perjuangan.
Ya Allah,
Janganlah kau jadikan fitnah bagi kami dan
tetapkanlah kami di atas perjuangan ini.
Amin.
kredit to akh ihsan kerana bagi sms n time ana tengah down..
Friday, June 17, 2011
Kekalkan kami!
Sekujur tubuh menghadap Ilahi menadah tangan panuh mangharap. Diri diinfaq dijalan Ilahi, pengorbanan dicurah walau jiwa dirantap. Ya Allah kekalkan kami di jalan ini
Wednesday, June 15, 2011
Nikmat Nikah!!
"Nikah melengkapkan agama, iman dan taqwa. Solat akan terasa lebih manis, Sebaik-baik yang beriman ialah yang berlaku baik kepada isterinya. SEMANGAT! Nikah!"
Jazakalah khairon ana ucapkan kepada akhi Ismail kerna memberi SMS ini kepada ana. Peringatan ini akan ana ingat selalu takkalah SMS ini ana terima di hari bersejarah dalam hidup ana iaitu HARI PERKAHWINAN ana pada 4/6/2011..Barakalah Akhi..
Tuesday, June 7, 2011
Perjuangan Daei'
Perjuangan kita sebagai daei' bukan seperti mereka yang hidup bagaikan robot untuk memenuhi tuntutan dunia! Kita berjuang untuk mengharumkan nama Islam dan meraih Redha-Nya. Selamat Berjuang Akhi!
Satu lagi sms pembakar semangat yang dihantar oleh Akh Japi, ana sangat berharap agar dapat meminjam kekuatan ikhwah-ikhwah sekalian tatkala berjauhan dari antum semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)