Saturday, August 13, 2011

mencari magfirah

Fasa pertama Ramadhan telah berlalu, moga segala yang diatur dapat dilaksanakan dengan istiqamah dan dan lebih berkualiti di fasa kedua ini dalam mencari magfirah dari Allah "asshoumu junnah" puasa itu perisai (Bukhari & Muslim)

Kerdit kepada Akh Hanif...semoga kita semua mendapat maghfirah dari Allah!

Wednesday, August 10, 2011

persaudaraan antara kita

x kira sekuntum bunga itu harus @ x, tumbuhnya tetap di tanah. Begitu juga bulan, tak kira apa bentuknya,tempatnya tetap di langit & begitu juga persaudaraan antara kita, x kira jauh @ dekat, jumpa @ x, tempatnya tetap di dalam hati..Sesungguhnya nilai persaudaraan itu lebih bermakna dari segalanya

Akhi Faridi menghantar SMS yang paling best sepanjang cuti! Tak kira jauh atau dekat, jumpa atau tak...persaudaraan tetap di hati

Monday, August 8, 2011

Muhasabah Ramadhan

Hari berganti hari, puasa demi puasa dilalui, tarawih dilakukan setiap malam tapi bagaimanakah tahap keimanan kita? Sudahkan mencapai tahap taqwa yang diinginkan, harapan Ramadhan mampu mentarbiyah kita menjadi insan yang lebih taqwa, al-Quran dibaca setiap malam, bergetarkah hatimu dengan ayat2 Tuhanmu, puasa menahan diri, apakah puasa menahan dari berbuat dosa? Bertahun lamanya hidup, apakah pahala yang diraih atau adakah dosa yang dikumpul? Mungkinkah syurga yang dicapai atau neraka yang diperoleh? Sama-samalah kita muhasabah diri dan ibadah kita...Salam Ramadhan!

Panjang betul SMS dari akh Musari...mengingatkan kita agar sentiasa merenung kembali amalan yang kita telah lakukan. Semoga semua kebaikan dan ketaatan tersebut dapat dijadikan sandaran bagi mendapatkan redha Allah swt

Sunday, August 7, 2011

Ramadhan menaungi

"Ya Allah, bulan Ramadhan telah tiba dan sudah pun menaungi kami, oleh itu selamatkanlah ia untuk kami & selamatkanlah kami untuknya. Kurniakanlah kepada kami keupayaan agar dapat melakukan puasa & menghidupkan malamnya. Dan berikanlah kepada kami kecekalan, kesungguhan & kerajinan di dalamnya, serta lindungilah kami di bulan ini daripada segala bentuk fitnah".

Doa yang dikiriman oleh akh Ihsan sempena Ramadhan ini...semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik berbanding yang sebelummya!

Saturday, August 6, 2011

ikhlaskan semuanya

tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah, tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah, tika bahu tak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah, ikhlaskan semuanya & dekati Allah

Thursday, August 4, 2011

Tingkatkan Iman

Ketahuilah bahawa di bulan ini, pintu2 syurga terbuka dan tertutup pintu2 neraka, mari sama2 kita tingkatkan iman sejajar pertambahan amal di bulan barakah ini

akh Masry menghantar pesanan yang sangat bermanfaat. Mengingatkan agar kita banyak beramal dalam bulan yang barakah ni =]

Wednesday, August 3, 2011

Romadhan sudah tiba

 ──────▄▌█▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀​▀▀▀▀▀▀▀▀▌
───▄▄██▌█ ║▌║█║▌ Ketepiiiiiii Ketepiiiiiiiii █║▌║▌│
▄▄▄▌▐██▌█ ...Romadhan Al-Mubarok...Sudah Tiba....
███████▌█▄▄▄▄ ▒▒▒▒▒▒▒▒▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▌
▀❍▀▀▀▀▀▀▀❍❍▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀​▀▀▀❍❍▀▀ ♥..brom x2 (~~)(~~)

Sejujurnya ini bukan kiriman sms tapi dapat ana dapat dari group FB MRSM MERSING yang dikirim dari Jamahiri Nurulhidayah. Kalau ada sesiapa yg kreatif boleh la buat untuk di"sms"kan kepada ikhwah2

Tuesday, August 2, 2011

smile

A SMILE is a curve that sets everything straight and wipes wriggles away! Hope you'll share @ receive a lot. Here's one from me (`._,'). Smile always. Take care..

ini sms yang dah lama sebenarnya, akh Amzar yang hantar! seperti biasa, setiap sms kiriman akh Amzar sangat menyenangkan hati. Cuma sekali lagi, gambar orang senyum tu tak compatible dengan blog, hanya untuk aplikasi phone sahaja kot. Sebab tu la tak nampak sangat macam orang senyum!

Ramadhan adalah pemutih

Jika seluruh HARTA adalah racun, maka ZAKAT lah penawarnya, jika seluruh UMUR adalah dosa, maka TAUBAT lah ubatnya, jika seluruh BULAN adalah noda, maka RAMADHAN lah pemutihnya..MARHABAN YA RAMDHAN

Fasting Month

 ( *
,;*””*:,
*;,¥.;* Happy Ramadhan
__)(_May this Fasting Month brings joy & Nur into your life and receive Allah forgiveness

sebenarnya gambar dalam phone ana jauh lebih cantik dari apa yang ada kat sini, mungkin sebab font dan simbol tu hanya indah kalu dilihat menerisi phone kot. Apa pun, ini adalah kiriman akh Kimo yang sekarang ni dah ada blog...bagi yang berminat untuk membaca blog akh Kimo a.k.a Hakim, boleh layari Muslim'sDigest

Wednesday, July 27, 2011

On Solat

Ingin kekal cantik sehingga ke usia tua? Ingin tampil bergaya dan menawan? Langganlah MMS Kecantikan & Fesyen sekarang! Hantar ON SOLAT kepada ALLAH SWT RM5/shari

Akh Azwan telah menghantar sms yang sangat kreatif...message sebenar adalah jom solat 5 kali sehari! Terbaek la akh

Tuesday, July 26, 2011

Teman yang Jujur

Carilah teman-teman yang jujur dan hiduplah di samping mereka kerana mereka umpama perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu susah ~Umar alKhattab~