Wednesday, December 15, 2010

Sahabat

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar,
sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan,
sahabat sejati menjadi pendorong impian,
sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah

Sunday, December 12, 2010

redha kasih Ilahi

Aku tak pernah mengimpikan pertemuan ini..
apalagi mengharapkan hidup yang kosong kembali berseri..
haruman ukhwah yang kau siramibak hembusan kasturi menyegarkan rohani..
siapa aku tak layak dihargai..
tapi..
kau tetap tegar melayani..
ku lafazkan zikir alunan Ilahi..
sujud mengisi anugerah ukhwah suci..
moga kita tatap bersama meniti hari..
jatuh bangus dirasai..
teruskan perjuanganmu wahai mujahd addin..
walau darah menitis membasahi bumi..
kau tetap teguh berdiri mengharap redha kasih Ilahi.

Friday, December 10, 2010

setulus hati

Ya Allah..Kau cintailah ikhwahku ini.
Tusukkanlah dadanya dgn iman, taqwa dan cinta tertinggi terhadap-Mu.
Bersih dan sucikanlah hatinya untuk terus mengabdikan dirinya kepada-Mu SETULUS HATI

Wednesday, December 8, 2010

Seruan-Nya

Kerana cinta pada Rabbnya, cinta yang lain dikorbankan.
Walau berat hati namun tetap diteruskan.
Tanpa ragu dan beralasan.
Seruan-Nya harus diutamakan.

Monday, December 6, 2010

erti cinta

bertemu tidaklah memadam rindu
mengikut nafsu bukanlah maknanya cinta
saling mendoakan itulah pengubat rindu
saling berkorban itulah namanya cinta

Friday, November 26, 2010

mencari redha Allah

jadilah sebaik-baik ummat,
tunduk sebagai hamba,
berjalan sebagai khalifah,
menyusuri kehidupan mencari sebutir permata iman,
menyemai sepohon taqwa,
agar dapat berteduh dari kepanasan nafsu,
berlindung dari angin hasutan syaitan..
dalam mencari keredhaan Allah S.W.T...

Monday, November 22, 2010

tulis namamu

ku tulis namamu di laut,
ia hilang dipukul ombah,
kutulis namamu di langit,
ia hiang ditiup angin,
tetapi bila kutulis namamu di hatiku,
ia kekal selamanya!

Friday, November 19, 2010

rain, sun and our friendship

when it rains

you don't see the sun

but it's still there.

Hope we can be like that

we don't see each other

but we'll still remember for each other...
(^_^)

Tuesday, November 16, 2010

Sahabat

"Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku.
Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati.
Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk aku berasa senang.
Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri.
Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka dan duka.
Jika aku dapat, aku akan setia padanya"

~Imam Syafie~

sms ni ana dapat dari seorang ikhwah yang sangat baik dalam hidup ana. SMS yang sangat menyentuh hati

Sunday, November 14, 2010

Halawatul Ukhwah

Nikmat paling manis ialah apabila Allah mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian

namun,
tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan
alirkan HALAWATUL UKHUWAH kesungguhan dalam perjuangan melalui robitah hati
semoga ukhuwah yang terbina atas dasar keimanan ini berkekalan selamanya..

Saturday, November 13, 2010

cinta-Mu

Ya Allah, sekiranya Engkau mempertemukan kami utk mendidik diri kami agar lebih mencintaiMU,
maka hanya Engkau yang mampu membawa hati-hati ini bertaut menelususri jalan mencari cintaMu & mengharap maghfirahMu..

jangan Engkau pisahkan hati-hati ini dikala rindu & sayang kami belum cukup utk melamar redha & cintaMu...

Tuesday, November 9, 2010

Life With People

Life is never measured by
the years we live
or
the wealth we possess,
but
by the caring we do.

The cheer and love we share
with the people whose hearts
we've touched!

Friday, November 5, 2010

Sabar

Sabar itu... paling utama.
Allah menguji kita agar kita sedar,

makin taat,
makin cinta,
semakin sayang
dan
semakin rindu padaNYA.

oleh itu,
bersabarlah terhadap segala kesulitan sekarang.
nescaya Allah memberi kemudahan pada masa akan datang..
ameen.

Thursday, November 4, 2010

Bangga

Ku bangga melihatmu derita dalam perjuangan
dari melihatmu gembira dalam kelalaian,
kubangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan
daripada melihat tawamu kerana pengkhianatan,
kubangga andai kau syahid
dari kau hidup tanpa Islam..
ukhti/akhi,
perjuangan kita perjuangan yg susah.
andai kukatakan padamu perjuangan itu pahit,
sahutlah kembali padaku syurga itu manis...

perkataan ukhti atau akhi tu tukar ikut keperluan ya!kalau ikhwah yang hantar sms, jangan la pulak guna ukhti. Nanti murobbi marah kehkehkeh...

Wednesday, November 3, 2010

Ketentuan tuhan

Carilah hikmah dalam setiap ketentuan Tuhan,
Supaya timbul rasa kesabaran & kesyukuran,
setiap yang payah itu pasti ada kesenangan,
setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran..
jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita,
tiada siapa yang akan dapat menghalang
namun jika sesuatu itu bukan ditakdirkan untuk kita,
pasti takkan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman..

p/s: ini adalah perkongsian dari seorang pembaca blog sms bermanfaat ni. Ana ucapkan ribuan terima kasih atas kesudiannya!

Monday, November 1, 2010

Remember each other

Valuing someone isn't merely by seeing each other everyday.

What is important is in our busy lives,

We REMEMBER EACH OTHER!!

Tuesday, October 26, 2010

ukhuwah

Ukhuwah doesn’t need togetherness,

doesn’t need everyday conversation,

as long as the friendship live in the doa,

it remains Abadan abada

Thursday, October 21, 2010

doa

Jika Allah memakbulkan doamu,
Dia telah mengukuhkan kepercayaanmu.

Jika Dia menangguhnya,
Dia menguji kesabaranmu.

Jika Dia tidak memakbulkan doamu,
jangan putus asa,
Dia telah merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Optimislah!

Tuesday, October 19, 2010

Wanita Solehah


Wanita yang solehah tersenyum dalam kesusahan,
mendapat kekuatan melalui doa,
menenangkan hati dengan istighfar
dan mendidik diri dengan solat yang khusyu’,

susah itu tarbiyah,
sabar itu indah.
*p/s: sms ni ana dapat dari pengirim yang sudi berkongsi koleksi sms-nya menerusi email ana, jadi jika anda adalah seorang ikhwah, maka tukarkan sahaja perkataan wanita jadi lelaki dan solehah tu jadi soleh.

mujahadah


Serinya wajah kerana mantapnya tarbiyah,
cahayanya mata kerana bermuhasabah,
kuatnya hati kerana bermuqarrabah,
hebatnya diri kerana istiqamah,

salam mujahadah.

mencari teman


Carilah teman-teman yang jujur
dan hiduplah di samping mereka
kerana mereka umpama perhiasan di waktu senang
dan bekalan di waktu susah

~umar alKhattab.

Tuesday, October 12, 2010

Kehidupan ini

Berjalanlah dengan penuh harapan
walau hidup tak selalu bahagia.

sedekahkan senyuman
walau di hati tak mampu bertahan.

Belajar memaafkan
walau dirimu terluka.

Berhentilah memberi alasan
walau ingin menyatakan kebenaran.

Hiduplah dalam iman
walau hari dipenuhi dugaan.

Berpeganglah kepada Allah
walau Dia tak kelihatan.
Kehidupan cermin yang menilai sebuah peribadi.
Moga lelahmu dihargai Ilahi
walau dicemuh insani..

* p/s: satu sms yang sangat melegakan hati saya setelah saya mengharungi minggu yang sangat huru-hara. Terima kasih incik Amzar Hafifi.

Monday, October 11, 2010

kekasih kita

Akhi..

usah bersedih tika dirimu dilukai
biar diri tak dihargai
biar diri disakiti

kerana apa yang penting
setiap yang kita lakukan disenangi KEKASIH kita
dan dihargai olehNYA

Moga kita semua sentiasa dalam rahmat-Nya

Thursday, October 7, 2010

teman

teman adalah penyeri hidup,
pengubat dikala duka,
penghibur dikala lara

kata Imam al-Ghazali,
carilah teman dengan sebaik-baik teman
dan sebaik-baik teman ialah teman yang
sanggup berkongsi segala kesenangan
dan kesusahannya bersama

namun teman sejati tidak berhenti setakat itu,
teman sejati akan terus mengingati sahabatnya
disetiap tadahan tangannya pada "DIA" yang satu

UKHWAH ITU INDAH BILA BERTEMU & BERPISAH KERANA ALLAH

Tuesday, October 5, 2010

Belajar

"Ya Allah ajarkanlah kami bahawa belajar ini bukan untuk sesiapa
tapi hanya kerana-Mu

Belajar kami ini bukan untuk diri
bahkan untuk seluruh umat Rasul-Mu

Belajar ini bukan untuk saat ini
bahkan untuk sepanjang zaman-Mu

Ajarkanlah kami apa-apa yang kami tidak tahu tentang ilmu-Mu
Ingatkanlah kami apa-apa yang kami lupa tentang-Mu
Redhailah setiap langkah kami

kerana hanya kepada-Mu lah kami akan kembali"

sms yang sangat menginsafkan, mengingatkan kita untuk kembali meluruskan niat agar sentiasa ikhlas dalam menuntut ilmu.

Sunday, October 3, 2010

Sabar Memang Pahit

Aku minta dari Allah setangkai bunga segar,
DIA beri aku kaktus yang berduri.
Aku minta rama-rama,
DIA beri aku ulat.
Aku kecewa dan sedih,
tapi aku tetap bersabar...

Namun tak lama kemudian
kaktus tadi berbunga indah sekali,
dan ulat itu menjadi rama-rama yang cantik.

Begitulah cara ALLAH mengasihi kita,
selalu indah pada waktunya
-sabar itu memang pahit tapi hasilnya manis-

*p/s: ini dihantar oleh kawan ana malam dekat-dekat dengan waktu tidur. Kebetulan pulak ana agak stress masa tu, hehehe sebab tu ana sayang ikhwah ana...macam tau tau je tengah stress.

Thursday, September 30, 2010

God loves me

I'm happy,
you know why?

coz I'm lucky,
you know why?

coz God loves me,
you know how?

He sent me a nice friend to me,

you know who?

it's YOU

What a sweet sms. The recipients will smile until tomorrow!