Tuesday, October 5, 2010

Belajar

"Ya Allah ajarkanlah kami bahawa belajar ini bukan untuk sesiapa
tapi hanya kerana-Mu

Belajar kami ini bukan untuk diri
bahkan untuk seluruh umat Rasul-Mu

Belajar ini bukan untuk saat ini
bahkan untuk sepanjang zaman-Mu

Ajarkanlah kami apa-apa yang kami tidak tahu tentang ilmu-Mu
Ingatkanlah kami apa-apa yang kami lupa tentang-Mu
Redhailah setiap langkah kami

kerana hanya kepada-Mu lah kami akan kembali"

sms yang sangat menginsafkan, mengingatkan kita untuk kembali meluruskan niat agar sentiasa ikhlas dalam menuntut ilmu.

No comments: