"Kamilah pewaris yang cuba membimbing manusia, kamilah rahsia al-Haq yang tersembunyi, matahari sentiasa menyuluh cahaya kepada kami, awan kami mengandungi kilat dan sinar yang terang benderang, jasad kami adalah cermin kepada kebenaran, ketahuilah, tanda-tanda al-Haq itu wujud: wujudnya Muslim" (Muhammad Iqbal)
Monday, May 30, 2011
tanda kewujudan al-Haq
Wednesday, May 25, 2011
Guru
"GURU ibarat hujan yang menyuburkan hati yang gersang, ibarat matahari memberi sinar harapan, ibarat bintang memberi petunjuk kepada pelayar di malam hari, ibarat awan menjadi tempat berteduh, ibarat air yang menyucikan, ibarat panji yang membawa kemuliaan, ibarat angin yang meniupkan semangat, ibarat sungai yang mengalirkan ilmunya. GURU ibarat kunci yang akan membuka pintu-pintu kejayaan di dunia & akhirat, bagi seorang yang bernama MURID"
SMS kali ni ana terima dari akhi Ihsan sempena hari guru tempoh hari. Seperti biasa, sangat panjang dan membuatkan senyum ana pun panjang hingga ke telinga sepanjang perjalanan balik ke rumah!
Tuesday, May 17, 2011
Orang-orang Takutkan Allah
"sesungguhya orang-orang yang takut kepada tuhannya yang tidak terlihat oleh mereka, mereka memperolehi pahala dan ampunan yang besar." "dan rahsiakanlah perkataanmu dan nyatakanlah. sungguh, dia mengetahui segala isi hati." Surah Al-Mulk 12-13..
Kali ini ana mendapat Sms daripada Akhi Fadhil MRSM dan kini melanjutkan pelajaran di UTP. Ana terkejut bila membuka SMS ini kerana sudah sekian lama ana loss contect ngn dia. Akhi Fadhil merupakan salah satu daripada Anak Halaqah ana semasa mereka di MRSM KK. Moga hidupnya penuh Barakah dengan berpaksikan risalah Al-Quran dan Ass-sunnah.
By Hadi Muslim
Kali ini ana mendapat Sms daripada Akhi Fadhil MRSM dan kini melanjutkan pelajaran di UTP. Ana terkejut bila membuka SMS ini kerana sudah sekian lama ana loss contect ngn dia. Akhi Fadhil merupakan salah satu daripada Anak Halaqah ana semasa mereka di MRSM KK. Moga hidupnya penuh Barakah dengan berpaksikan risalah Al-Quran dan Ass-sunnah.
By Hadi Muslim
Monday, May 9, 2011
Percaya Dengan Pertolongan Allah
Mari kita luruskan niat kita, niatkan semua perbuatan kita hanyalah ikhlas mencari ridha Allah.. Mari kita berjuang melawan hawa nafsu. marilah, kita pancarkan energi ikhlas dari diri kita. Awalnya mungkin akan sukar, akan penuh penderitaan, kita akan kepayahan.. Tapi percayalah dengan pertolongan Allah, semua yang sukar menjadi mudah, derita dan kepayahan akan sirna, berganti dengan kebahagiaan hakiki, kebahagiaan karena meraih ridha Allah SWT
kali ini ana ambil dari post akh Rusdi yang ditulis di wall group ikhwah ums. Kredit kepada penulis blog Hadi Muslim, akh Rusdi Rusli...Doakan juga zaujah akh Rusdi yang sedang mengandung diberi kekuatan untuk terus berjuang menyebarkan dakwah dan cemerlang dalam peperiksaan.
Tuesday, May 3, 2011
Hebatnya Istiqamah
Serinya wajah kerana mantapnya tarbiyah, cahayanya mata kerana bermuhasabah, kuatnya hati kerana bermuqarrabah, hebatnya diri kerana istiqamah, salam mujahadah.
just a short post, tak larat nak menyalin sms yang panjang-panjang buat masa ni, ana sedang demam final exam! Mohon doanya =)
Subscribe to:
Posts (Atom)