Biar nafsu sunyi tanpa godaan, biar hati sunyi tanpa kemaksiatan, akan tetapi jangan biarkan akal sunyi tanpa ilmu dan jangan biarkan hati sunyi tanpa cinta kepada Allah SWT
kata-kata ini adalah cuplikan dari blog WarnaHidupku
Biar nafsu sunyi tanpa godaan, biar hati sunyi tanpa kemaksiatan, akan tetapi jangan biarkan akal sunyi tanpa ilmu dan jangan biarkan hati sunyi tanpa cinta kepada Allah SWT
Orang yang cerdik ialah orang yang sentiasa memuhasabah dirinya dan membuat amal persiapan sebelum menemui mati. Orang yang tidak cerdik pula adalah orang yang suka mengikut hawa nafsu dan dalam masa yang sama berangan untuk mendapat macam-macam nikmat dari Allah. ~Ali Karamallahwajhaha
Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.at-Taubah:20
I wanna write "I miss you" on a rock and throw it at your face so you know how much it hurts to miss you.
...
I hope you get the point
uhibbukafillah akhi =]
Sekiranya kamu tidak kenal Pencipta, maka kamu hanya bersama alam semesta. Tetapi jika kamu kenal Pencipta maka alam semesta bersama kamu. (marilah kita mengenali & mendekati Pencipta | Ibn Athoilah, al-Hikam)
Keperluan zikir bagi hati bagaikan keperluan ikan terhadap air. Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah berkata, "Zikir bagi hati ibarat air bagi seekor ikan, maka bagaimanakah keadaan ikan jika dipisahkan dari air?"
Dunia fana penuh cinta semu benda yg dicinta kan berpisah darimu walau telah lama bersatu. Seiring bergulirnya waktu. Dunia fana kosong cinta sejati. Cinta kepada Yang Mahasuci Menghunjam dalam di lubuk hati, tetap abadi di hati yang suci
"Sesungguhnya peluang untuk mengembangkan dakwah itu adalah taufiq dari Allah. Allahlah yang memudahkannya bagi sesiapa yang didapati ada kebaikan dalam hatinya. Tugas itu adalah satu penghormatan dari Allah kepada seseorang hamba, bukannya bebanan" ~Imam Ahmad bin Hambal