Tuesday, December 27, 2011

best state

January to December

Sunday ti Saturday

AM to PM

I'll always pray

May

you

are

always

in the best state of iman & health

Tuesday, December 13, 2011

cinta abadi di hati

Dunia fana penuh cinta semu benda yg dicinta kan berpisah darimu walau telah lama bersatu. Seiring bergulirnya waktu. Dunia fana kosong cinta sejati. Cinta kepada Yang Mahasuci Menghunjam dalam di lubuk hati, tetap abadi di hati yang suci

Sunday, December 11, 2011

penghormatan dari Allah

"Sesungguhnya peluang untuk mengembangkan dakwah itu adalah taufiq dari Allah. Allahlah yang memudahkannya bagi sesiapa yang didapati ada kebaikan dalam hatinya. Tugas itu adalah satu penghormatan dari Allah kepada seseorang hamba, bukannya bebanan" ~Imam Ahmad bin Hambal

Friday, December 9, 2011

jalan berduri

Dalam menempuh hidup ini, tidak dapat tidak, pasti akan melalui jalan yang berduri, tidak indah hidup ini seandainya sentiasamendapat kesenangan. Kerana orang yang dikasihi Allah adalah orang2 yang sentiasa melalui jalan2 berduri & dia bersabar melaluinya.

Tuesday, December 6, 2011

melihat dgn hikmah

Apabila hati diberikan makanan dgn zikir, minum dgn takafur dan dibersihkan dr kerosakkan, maka dia akan melihat keajaiban diilhamkan dgn hikmah - ibn Qayyim

Sunday, December 4, 2011

such a good friend

I had an x-ray done today and they found you in my heart. The doctor said if they take you out, I would die, because I could not live without such a good friend.

Sunday, November 20, 2011

5 jambatan hidup

5 Jambatan Hidup:
1. Jambatan tpendek iaitu PUTUS ASA
2. Jambatan tpanjang iaitu PENGHARAPAN
3. Jambatan tkuat iaitu IMAN
4. Jambatan tmahal iaitu PENG0RBANAN
5. Jambatan terindah iaitu KASIH SAYANG.

Thursday, November 17, 2011

induk maksiat & sumber taat

Induk segala maksiat, syahwat & kelalaian adalah redha terhadap nafsu; sumber segala taat, terpelihara & bangun adalah tidak redha terhadap nafsu ~ibn Athoilah

Tuesday, November 15, 2011

doa saudara

"Tidak seseorang hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan melainkan malaikat berkata; Dan bagimu juga seperti itu." (H.R. Muslim)

Wednesday, November 9, 2011

jadilah orang yang menang

sebarkanlah berbaik sangka, agar hatimu tenang, barulah makin kuat jadinya, bukan dirundung kelemahan, perbaharuilah iman saban ketika, ingati janjiNya, keredhaan & syurga, sedari sunnah perjuangan dipenuhi derita, dihujani kepayahan untuk ditempuhi dengan ketabahan, jadilah orang yang menang

Saturday, November 5, 2011

karang prasangka hati

Ukhuwah adalah degup penuh makna
yang mengalir indah bersama aliran darah
Berawankan keistiqomahan
yang setiap titisnya mampu menelusup jernih menembus KARANG PRASANGKA
dalam HATI
yang puncaknya berbuah keitsaran…
Keep Istiqomah Ikhwah fillah...

sumber: kammipolban

Tuesday, November 1, 2011

sebalik kepahitan

“Segalanya adalah pinjaman daripada Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Jika sudah tiba masanya kenikmatan itu ditarik semula maka redha dan bersangka baiklah terhadap Allah S.W.T. Disebalik kepahitan itu pasti akan ada kemanisannya”

post kali ini adalah cuplikan dari wordpress sms nasehat. Bagi yg berminat, ada banyak lagi koleksi sms yg menarik dan berguna untuk dimanfaatkan bersama

Monday, October 31, 2011

sing it back

"A friend is someone who knows the song in your heart, and can sing it back to you when you have forgotten the words."

taken from www.friendship.com.au/ and the quotes was sent by Donna Roberts

Friday, October 28, 2011

best friend

BEST FRIEND = 1 million memories + 10 thousand jokes + 1 hundred shared secrets + 1 reason. Uhibukafillah Akhi

dipetik dari tweet @mestikakhair dalam trending #alphabetmaths

Thursday, October 27, 2011

pertemuan kasih ilahi

Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang, jika cinta kepada yang satu pasti bertemu. Ia tidak ternilai kerana di hati kita telah tiada antaranya lagi. Yang ada hanya cinta kasih Ilahi

Tuesday, October 25, 2011

pasti diuji

Jika KEKUATAN yang dipohon, Allah beri RINTANGAN untuk dihadapi. Jika KEBIJAKSANAAN yang dipohon, Allah beri masalah untuk diselesaikan. Jika KASIH ALLAH yang dipohon, Allah beri DUGAAN untuk dihadapi...setiap yang dipohon pasti akan diUJI, agar kita lebih dekat denganNya

Monday, October 24, 2011

cabaran Generasi Y

Jika dahulu, cabaran Generasi X ialah mencari damai antara Hamasah al-Shabab dan Hikmah al-Shuyukh yakni Semangat Anak Muda dan Kebijaksanaan Orang Tua, kini cabaran Generasi Y pula adalah anak muda yang sudah hilang semangat dan orang tua yang tidak lagi bijaksana. ~Ustaz Hasrizal

*kredit kepada penulis blog yg terkenal, saifulislam.com atas buah fikiran pada forum di UIAM. Bagi yg berminat untuk baca lebih, boleh tengok kat sini

Friday, October 21, 2011

bersabarlah

Bersabarlah bersama masa yang berlalu..yang sakit, yang pahit, yang menyedihkan akan turut berlalu..yakin padaNya tidak kira dimana berada samada sendiri atau ada yang menemani

Wednesday, October 19, 2011

trust

Trust is like a white paper, once you crumpled it, it won't be perfect again!

*simple message tapi cukup bermakna.

Sunday, October 16, 2011

yakin & syukur

 Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan..yakin pada Allah adalah meletakan keredaan pada  ketentuanNya. Syukur pada Allah kerana pemberiaanNYa kerana apa yang kita minta belum tentu baik utk kita. Gunakan segala nikmat yang Allah berikan dengan sebaik mungkin , itulah tanda syukur kita pada Allah

Wednesday, October 12, 2011

Sedar Bukan Mimpi

Saidina Ali Bin Abi Thalib;

"Manusia ini semasa hidupnya mereka hanya tertidur (bermimpi), bila Matinya masa itulah mereka bangun (tersedar)"

Saudaraku...
Jadikan sisa hidup kita sekarang ini untuk kita bangun/sedar akan Haq dan Batil, Jangan biarkan mata kita terlelap akan ke nikmatan dunia yang memperdaya..

Monday, October 10, 2011

Allah's judge

Allah does not judge you on how bad you have been in past
....
but rather on how good you strive to be now!!!

taken from tumblr

Sunday, October 9, 2011

always pray

January to December

Sunday to Saturday

am to pm

I'll always pray

may

U

are

always

in the best state of iman & health

Saturday, October 8, 2011

Repent

Repent for your sins. 
That means turn from them, 
be sorry and turn to Allah. 
Ask Allah to help you to change your ways 
and...He will! 
Allah loves and wants to give you his kingdom, 
but you must repent and stop sinning.

Actually i taken from my Tumblr dashboard
not from SMS.
but it's ok i think, as long it's beneficial to y'all

Thursday, October 6, 2011

apabila diuji

Orang mukmin sejati apabila diuji, dia mampu untuk bersabar & tidak cepat melatah. Bagaimana ujian yang datang bertimpa timpa membuatkan jiwa terasa lemah, lelah, perit & duka namun hati masih ingin berpaut kepadaNya... Jiwanya akur & pasrah atas setiap ketetapan takdir

Friday, September 30, 2011

Dari Dirimu

Dari ISLAM, kutemui keindahan...
Dari SOLAT, kutemui kedamaian...
dari ALQURAN, kutemui kebenaran...
Dari HADIS, kutemui pedoman...
Dari QIAM, kutemui kekuatan...
Dari DHUHA, ketemui pengorbanan...
Dari DOA, kutemui keinsafan dan
Dari DIRIMU, kutemui persaudaraan...
moga ukhwah berkekalan...
uhibukafillah akh
kredit kepada Akh Zainul atas SMS.

Tuesday, September 27, 2011

mengenalimu

mengenalimu adalah suatu kesyukuran, bersahabat denganmu adalah suatu rahmat, bersaudara denganmu adalah kurnia yang tak terlupakan

Wednesday, September 21, 2011

mari muhasabah diri

Segak dan cantik manapun diri, bukanlah namanya pahlawan jika nafsu tidak dapat dilawan..setinggi mana pun darjat, bukanlah namanya mulia jika tiada iman didada. melangit mana pun  ilmu, bukanlah namanya bijaksana jika tidak diamal dan diguna, sealim manapun waraknya, bukanlah ulama jika takbur dan riak

Friday, September 16, 2011

ku temui persaudaraan

dari Islam ku temui keindahan, dari solat ku temui kedamaian, dari quran ku temui kebenaran, dari hadith ku temui pedoman, dari qiam ku temui kekuatan, dari duha ku temui pengorbanan, dari doa ku temui keinsafan dan dari dirimu, ku temui persaudaraan...moga ukhuwah  berkekalan!

Wednesday, September 14, 2011

hidup bahagia

Dalam hidup terkadang kita lebih banyak mendapatkan perkara yang tidak kita inginkan dan ketika kita mendapatkan perkara yang kita inginkan, akhirnya kita sedar bahawa yang kita inginkan tidak membuat hidup kita lebih bahagia

Kata-kata yang indah ini diambil dari wall photo Amir Al-Ramadhaniecie.

Tuesday, September 13, 2011

selalu ingin menjadi sahabatku

Aku melafazkan doa sekudus kasihku "Ya Allah, jaga lah sahabatku dikala penjagaanku tak sampai kepadanya, sayangi dia dikala rasa sayangku tak mampu merangkul dalam dakapan yang nyata, perhatikan dia dikala perhatianku tak terangkum dalam kata yang sahaja. kerana Engkau punya segala yang aku tak punya. kerana aku ingin dia selalu menjadi sahabatku di dunia dan harap bertemu di syurga!"

Monday, September 12, 2011

mata hamba

Insan yang berjiwa hamba perlu ada 2 mata di wajahnya. Untuk memandang seluruh urusan dunianya. Dan ada lebih dari 2 mata di hati agar cukup untuk melihat seluruh perkara akhiratnya

Saturday, September 10, 2011

Yakin pada Allah

Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan.Yakin pada Allah adalah meletakan keredaan pada  ketentuanNya. Syukur pada Allah kerana pemberiaanNYa kerana apa yang kita minta belum tentu baik utk kita. Gunakan segala nikmat yang Allah berikan dengan sebaik mungkin, itulah tanda syukur kita pada Allah

Tuesday, September 6, 2011

kasih Allah bersamamu

Pada jalan berliku, moga Allah luruskan langkahmu..tika langit dunia runtuh, moga Allah teguhkan aqidahmu..jika kesusahan datang, moga Allah kuatkan hatimu..pada hati yang gelisah, moga Allah curahkan ketenangan dalam dirimu.. moga kasih Allah selalu brsama mu.

Sunday, September 4, 2011

Nilai Sahabat

Jika dikatakan embun pagi itu suci, suci lagi pengorbanan dan keikhlasan. Jika dilihat bulan itu indah, indah lagi sebuah pertemuan. Jika dirasa mutiara itu bernilai lagi persahabatan kita

Friday, September 2, 2011

kasih Allah bersamamu

Pada jalan berliku, moga Allah luruskan langkahmu..tika langit dunia runtuh, moga Allah teguhkan aqidahmu..jika kesusahan datang, moga Allah kuatkan hatimu..pada hati yang gelisah, moga Allah curahkan ketenangan dalam dirimu.. moga kasih Allah selalu brsama mu

Wednesday, August 31, 2011

mohon maaf segala kesalahan

Sebulan sudah Ramadhan bertandang, Syawal dijemput, Aidilfitri dirai, nikmat ukhwah sentiasa dikenang, kemaafan ditaut doa mengiring...mohon maaf segala kesalahan!

Monday, August 29, 2011

pulangan yang berbeza

Allah ciptakan laut yg terbentang luasn utk manusia mencari maksud hidupnya. Ada manusia  melihat laut, ia nampak buih2 di permukaannya, ada yg nampak ikan2 dan hasil laut yg lainnya, ada juga yang melihat "emas hitam" di dalamnya...Ramadhan menjanjikan pulangan berbeza kepada setiap manusia yg berbeza cara melihatnya

*seluruh tenaga kerja himpunan SMS bermanfaat mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat semua yang setia mengunjungi blog ini, semoga kita semua sentiasa berbahagi dan berkongsi apa jua kebaikan untuk manfaat umat!

Saturday, August 27, 2011

adat menegur

Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri. Ingat, itu adatnya!

Friday, August 26, 2011

bukan mudah

Bukan mudah mempersiap diri menjadi seorang hamba yang bersyukur, tenang & sabar perisai duka, segala derita dalam kehidupan hadapi tanpa riak sangsi, Allah menjadi tempat mengadu, Quran sebagai penawar kalbu, Rasul menjadi qudwah hasanah, sahabat2 menjadi peneman yang hikmah, tiada keluhan & paksaan, hadapi dugaan penuh kerelaan, itulah  resam orang yang kental hatinya, segala kebahagiaan perlu pengorbanan, demi menyambung hidup ini dengan redha Ilahi. Moga terus tegar & cekal walaupun kadang2 kaki tersadung akar ujian.

Thursday, August 25, 2011

cermin manusia

Manusia memerlukan 'cermin' bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah dan bakal mengundang padah?

Wednesday, August 24, 2011

iman dibukti dengan amal

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yg terpancar di dalam hati & dibuktikan dengan amal

Kerdit kepada ukhti Zainora Zaini atas kesudian berkongsi beberapa SMS untuk disiarkan di blog ini. Kalau ada lagi pembaca yang lain berminat untuk turut sama menyumbang, boleh hantarkan ke ismiabudzar[at]gmail[dot]con

Monday, August 22, 2011

kebahagiaan & ketenangan

Hilang harta bukan bererti hidup merana, hilang permata bukan bererti buta, hilang jam bukan bererti rugi masa, tetapi andai hilangnya HATI untuk SOLAT dan Al-Quran itulah balasan kehilangan KEBAHAGIAAN dan KETENANGAN!

Sunday, August 21, 2011

apa khabar hati? apa khabar iman?

Apa khabar HATI? Masihkah ia seperti EMBUN? Menunduk tawaduk di pucuk2 daun... Masihkah ia seperti batu karang? Berdiri tegar menghadapi gelombang UJIAN... Apa khabar IMAN? Masihkah ia seperti bintang? Terang benderang menerangi KEHIDUPAN...

kredit kepada akhi Ku Aznan, sebab ini adalah copy & paste dari wall fb Ku Aznan

Saturday, August 20, 2011

orang yang rugi

Dan orang-orang beriman berkata "sesungguhnya orang-orang yang rugi ialah orang yang merugikan diri mereka sendiri pada hari kiamat..(42:45) Selamat mencari al-Qadr

ini adalah post yang ke-100. Terima kasih atas sokongan pembaca selama ini dan mudah-mudahan banyak memberi manfaat untuk semua

Thursday, August 18, 2011

that's my friend

I may not be the most important person in your life, BUT I just hope that one day, when you hear my name, you would just SMILE and SAY "hey, that's my friend"

Wednesday, August 17, 2011

best things in LIFE

I pray that God would hold you tight, and Angels would keep you n sight, not just you feel alright, but for you to have all the best things in LIFE..

Monday, August 15, 2011

pemilik cinta abadi

Dia sering memberi sebelum tangan meminta. Sudi mendengar rintihan meski diri penuh dosa. Tiada peduli mengampun andai benar-benar ingin kembali. DIA lah sang hakiki pemilik cinta abadi sandaran jiwa hamba sejati..

Sunday, August 14, 2011

cambahan cinta

Cinta ku pada mu adalah cambahan cinta mu kepada Allah, Rasul & Jihad. Matinya cinta ku & cinta mu kerana kita tidak cintakan Nya. Semoga Allah menaungi kita di bawah arasy Nya dihari yang tiada naungan kecuali dengan izin Nya.

Saturday, August 13, 2011

mencari magfirah

Fasa pertama Ramadhan telah berlalu, moga segala yang diatur dapat dilaksanakan dengan istiqamah dan dan lebih berkualiti di fasa kedua ini dalam mencari magfirah dari Allah "asshoumu junnah" puasa itu perisai (Bukhari & Muslim)

Kerdit kepada Akh Hanif...semoga kita semua mendapat maghfirah dari Allah!

Wednesday, August 10, 2011

persaudaraan antara kita

x kira sekuntum bunga itu harus @ x, tumbuhnya tetap di tanah. Begitu juga bulan, tak kira apa bentuknya,tempatnya tetap di langit & begitu juga persaudaraan antara kita, x kira jauh @ dekat, jumpa @ x, tempatnya tetap di dalam hati..Sesungguhnya nilai persaudaraan itu lebih bermakna dari segalanya

Akhi Faridi menghantar SMS yang paling best sepanjang cuti! Tak kira jauh atau dekat, jumpa atau tak...persaudaraan tetap di hati

Monday, August 8, 2011

Muhasabah Ramadhan

Hari berganti hari, puasa demi puasa dilalui, tarawih dilakukan setiap malam tapi bagaimanakah tahap keimanan kita? Sudahkan mencapai tahap taqwa yang diinginkan, harapan Ramadhan mampu mentarbiyah kita menjadi insan yang lebih taqwa, al-Quran dibaca setiap malam, bergetarkah hatimu dengan ayat2 Tuhanmu, puasa menahan diri, apakah puasa menahan dari berbuat dosa? Bertahun lamanya hidup, apakah pahala yang diraih atau adakah dosa yang dikumpul? Mungkinkah syurga yang dicapai atau neraka yang diperoleh? Sama-samalah kita muhasabah diri dan ibadah kita...Salam Ramadhan!

Panjang betul SMS dari akh Musari...mengingatkan kita agar sentiasa merenung kembali amalan yang kita telah lakukan. Semoga semua kebaikan dan ketaatan tersebut dapat dijadikan sandaran bagi mendapatkan redha Allah swt

Sunday, August 7, 2011

Ramadhan menaungi

"Ya Allah, bulan Ramadhan telah tiba dan sudah pun menaungi kami, oleh itu selamatkanlah ia untuk kami & selamatkanlah kami untuknya. Kurniakanlah kepada kami keupayaan agar dapat melakukan puasa & menghidupkan malamnya. Dan berikanlah kepada kami kecekalan, kesungguhan & kerajinan di dalamnya, serta lindungilah kami di bulan ini daripada segala bentuk fitnah".

Doa yang dikiriman oleh akh Ihsan sempena Ramadhan ini...semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik berbanding yang sebelummya!

Saturday, August 6, 2011

ikhlaskan semuanya

tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwuduklah, tika tangan ini letih menggapai cita-cita, maka berdoalah, tika bahu tak kuasa memikul amanah, maka bersujudlah, ikhlaskan semuanya & dekati Allah

Thursday, August 4, 2011

Tingkatkan Iman

Ketahuilah bahawa di bulan ini, pintu2 syurga terbuka dan tertutup pintu2 neraka, mari sama2 kita tingkatkan iman sejajar pertambahan amal di bulan barakah ini

akh Masry menghantar pesanan yang sangat bermanfaat. Mengingatkan agar kita banyak beramal dalam bulan yang barakah ni =]

Wednesday, August 3, 2011

Romadhan sudah tiba

 ──────▄▌█▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀​▀▀▀▀▀▀▀▀▌
───▄▄██▌█ ║▌║█║▌ Ketepiiiiiii Ketepiiiiiiiii █║▌║▌│
▄▄▄▌▐██▌█ ...Romadhan Al-Mubarok...Sudah Tiba....
███████▌█▄▄▄▄ ▒▒▒▒▒▒▒▒▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▌
▀❍▀▀▀▀▀▀▀❍❍▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀▀​▀▀▀❍❍▀▀ ♥..brom x2 (~~)(~~)

Sejujurnya ini bukan kiriman sms tapi dapat ana dapat dari group FB MRSM MERSING yang dikirim dari Jamahiri Nurulhidayah. Kalau ada sesiapa yg kreatif boleh la buat untuk di"sms"kan kepada ikhwah2

Tuesday, August 2, 2011

smile

A SMILE is a curve that sets everything straight and wipes wriggles away! Hope you'll share @ receive a lot. Here's one from me (`._,'). Smile always. Take care..

ini sms yang dah lama sebenarnya, akh Amzar yang hantar! seperti biasa, setiap sms kiriman akh Amzar sangat menyenangkan hati. Cuma sekali lagi, gambar orang senyum tu tak compatible dengan blog, hanya untuk aplikasi phone sahaja kot. Sebab tu la tak nampak sangat macam orang senyum!

Ramadhan adalah pemutih

Jika seluruh HARTA adalah racun, maka ZAKAT lah penawarnya, jika seluruh UMUR adalah dosa, maka TAUBAT lah ubatnya, jika seluruh BULAN adalah noda, maka RAMADHAN lah pemutihnya..MARHABAN YA RAMDHAN

Fasting Month

 ( *
,;*””*:,
*;,¥.;* Happy Ramadhan
__)(_May this Fasting Month brings joy & Nur into your life and receive Allah forgiveness

sebenarnya gambar dalam phone ana jauh lebih cantik dari apa yang ada kat sini, mungkin sebab font dan simbol tu hanya indah kalu dilihat menerisi phone kot. Apa pun, ini adalah kiriman akh Kimo yang sekarang ni dah ada blog...bagi yang berminat untuk membaca blog akh Kimo a.k.a Hakim, boleh layari Muslim'sDigest

Wednesday, July 27, 2011

On Solat

Ingin kekal cantik sehingga ke usia tua? Ingin tampil bergaya dan menawan? Langganlah MMS Kecantikan & Fesyen sekarang! Hantar ON SOLAT kepada ALLAH SWT RM5/shari

Akh Azwan telah menghantar sms yang sangat kreatif...message sebenar adalah jom solat 5 kali sehari! Terbaek la akh

Tuesday, July 26, 2011

Teman yang Jujur

Carilah teman-teman yang jujur dan hiduplah di samping mereka kerana mereka umpama perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu susah ~Umar alKhattab~

Saturday, July 23, 2011

trigonometry

Life is sin 90 = 1
Hate is cos 90 = 0
but friendship is tan 90 = infinity!
it have no value in this universe...great to have a good friend like you (",)

Akh Zainul telah mengirimkan sms ni sebagai sms tahajud, pukul 2.15 am. Tak sedar pun masa sms ni sampai. Ana baca sambil mengantuk dan terkejut gak la sebab pengirimnya adalah akh Zainul. Syukron kepada akh Zainul. Alhamdulilah, walaupun jarang berjumpa tapi masih terasa dekat lepas baca sms macam ni

Friday, July 22, 2011

ukhwah

Ku kenalimu kerana 1 PERJUANGAN, ku fahamimu kerana 1 TARBIYAH, ku ingatimu kerana 1 KENANGAN, ku mencintaimu kerana 1 IKATAN..UKHWAH fillah abadan abada

seperti biasa, akh Japi mengirimkan sms yang sangat romantik huhu terharu sikit

Thursday, July 21, 2011

His Forgiveness

Rivalry in worldly increase distracted you, until ye come to the graves...astaghfirullah hal adzim...Let's seek for His forgiveness. Oh Allah my good deeds are very few, forgive me and bestow me & my beloved family

Untuk kesekian kalinya, akh Alif menghantar sms yang memerlukan tahap kerajinan ana untuk menyelak kamus. =P

Tuesday, July 19, 2011

Sibuk

(^_^) satu kata-kata Imam Syafie' buat renungan bersama; "Kalau anda tidak menyibukkan diri dengan kebenaran, maka hawa nafsu akan menyibukkan anda dengan kebatilan"

Ringkas tapi maknanya cukup dalam!

Friday, July 15, 2011

sustainer & bestower

Praise be to Him, the Sustainer & the Bestower, (who) give us life, His guidance shall lead us to the Garden hereafter & prosperity (among) ummah, He created us & to Him shall we return

sekarang ni akh Alif UIA sangat suka menghantar sms seumpama ini dalam bahasa Inggeris. Ini satu petanda baik. Dah tak risau sangat pasal teaching medium kat sana. Mungkin akan jauh lebih hebat dari apa yang ana sangka lepas ni kot! Study bagus bagus tau akh =]

Tuesday, July 12, 2011

Ganjaran Syaaban.

Jomm banyakan PUASA sunat di bulan Sya'aban. Usamah bin Zaid berkata kepada Rasulullah " Wahai Rasulullah,Aku xP'nah mlihat engkau b'puasa sunat di dlm bulan2 lain sp'ti egkau b'puasa pd bln Syaaban Rasulullah b'kata bln ini adlh blan yg sring diabaikan olh manusia iaitu bln d antra rejab & Ramadan ia adlh bln d mana amlan d angkat mghdap Allah, aku sska amlanku dangkat ktka aku b'puasa." HR Imam Ahmad dan Nasaie.

Inilah Pemuda Islam!!

_Puitis Untuk Iman_
Bangkitlah wahai pemuda menegakkan Islam Mu..
Sedarlah akan serangan pemikiran ke atas Mu..
Hidupkan kembali cahaya iman di jiwa Mu..
Syahid di jalanNya itulah pemergian Mu..

friend like computer

A good friend is like a computer, I ENTER your life, SAVE you in my heart, SCAN & FORMAT our talks, COPY & PASTE your kindness & never DELETE you from my memory!

Sejak akhir-akhir ni ana dapat banyak pulak sms yang berkaitan dengan komputer, hari tu jumpa di FB. Ana dah kongsikan tajuknya "Komputer Diri". Kali ni sms yang ana dapat dari dua ikhwah selang sehari. Mula-mula akh Amzar hantar, esoknya adik dia pulak, Akh Firdaus. Tapi ana rasa antara mereka berdua ni, akh Firdaus lebih faham la kot apa isi kandungan sebenar sms yang dikirimkan. He is the computer expert!

Monday, July 11, 2011

Check List Sya'ban

Hidupkan malam dengan bacaan Quran
Banyakkan berdoa agar dipanjangkan umur agar dapat banyak beribadah, murah rezeki agar dapt banyak sedekah dan tetap iman.
Digalakkan berpuasa kecuali pada hari syak (30 Sya'ban)
~Selamat beramal~

SMS dari sorang kenalan yang ana jumpa di tempat belajar motor. Imran namanya. Semoga saja ana dapat terus berdamping dengan orang-orang soleh seperti akh Imran ni

Sunday, July 10, 2011

Simple Message

In times when we're both busy, there might be no time for conversation but still, here's a simple message to let you know that you're not forgotten, TAKE CARE

syukran jazilan buat akh Ihsan yang telah menghantar sms ini. Nta mungkin sibuk tapi ana tak pun. Bercuti kat rumah je! Apa pun, sms tersebut tanda keutuhan ukhwah antara kita =]

Thursday, July 7, 2011

Komputer Diri

Sentiasa ON9 Dengan TUHAN
Berusahalah Untuk OFF9 Dengan SYAITAN
Bersungguh2 Untuk DOWNLOAD ilmu Pengetahuan
UPLOAD Amal Kebajikan
RESTART Diri Dengan Memohon Keampunan
SHUTDOWN Hayat Mu Dengan KEIMANAN

kali ni ana ambil dari wall FB group Daei Junior yang telah di post oleh Arisa Nurailiz. Cam best kan!

Saturday, July 2, 2011

Allah sentiasa bersamamu

Akhi, alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh ketenangan, tapi hanya Allah saja yang tahu rahsia di dalamnya... begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawa tapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya... Jika kau kecewa, pandanglah ke sungai, airnya mengalir biar berjuta batu menghalang. Jika kau sedih, pandanglah ke langit, kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersama mu

sms dari akhi Firdaus a.k.a. Awan_Biru yang panjang berjela-jela, usai membaca sms ini membuatkan hati tidak henti bersyukur kerana kita sentiasa ada Allah =]

Monday, June 27, 2011

jangan ada maksiat

Pengorbanan kita dalam dakwah cukup menguji kita dalam mahu istiqamah. Namun keranaNya kita masih "ikhwah", di masa yg sama kita tetap bermaksiat seperti bukan "ikhwah". Apakah kerana niat kita salah? atau kita memang tak layak berada di jalan ini? Ayuh kita muhasabah jangan biarkan maksiat menggelincirkan kita dari jalan meraih redhaNya!

Tuesday, June 21, 2011

IstiqamalaH!!!

"Ikhwati ilallah, tetaplah kamu pada jalan Allah SWT, kerana Allah SWT mencintai Kaki-kaki yang tetap pada jalanNya, ujian itu adalah tanda cintaNya padamu, wahai jiwa yang memberontak, kembalilah kepada ketenangan di sisi Allah SWT yang menguasai ketenangan"

Jazakumullahu khairon..kata-kata penuh hikmah ini ada terima daripada seorang ikhwah bernama Akhi Azhar pada 18-06-2011..barakalah buat antum..moga kata2 tersebut menjadi wadah kepada ana dan ikhwah2 sekalian kepada hidayah Allah SWT agar terus ISTIQAMAH di jalanMu Yaa Allah..Ameen

Monday, June 20, 2011

Sunnahtullah Perjuangan

Ya Allah,
sesungguhnya telah banyak perkara yang aku lihat didunia ini.
Seorang yang kuat dahulu mulai melemah,
yang aktif kini menjadi pasif,
yang dekat kini terasa jauh.
Adakah ini sunnahtullah perjuangan.
Ya Allah,
Janganlah kau jadikan fitnah bagi kami dan
tetapkanlah kami di atas perjuangan ini.
Amin.

kredit to akh ihsan kerana bagi sms n time ana tengah down..

Friday, June 17, 2011

Kekalkan kami!

Sekujur tubuh menghadap Ilahi menadah tangan panuh mangharap. Diri diinfaq dijalan Ilahi, pengorbanan dicurah walau jiwa dirantap. Ya Allah kekalkan kami di jalan ini

Wednesday, June 15, 2011

Nikmat Nikah!!

"Nikah melengkapkan agama, iman dan taqwa. Solat akan terasa lebih manis, Sebaik-baik yang beriman ialah yang berlaku baik kepada isterinya. SEMANGAT! Nikah!"

Jazakalah khairon ana ucapkan kepada akhi Ismail kerna memberi SMS ini kepada ana. Peringatan ini akan ana ingat selalu takkalah SMS ini ana terima di hari bersejarah dalam hidup ana iaitu HARI PERKAHWINAN ana pada 4/6/2011..Barakalah Akhi..

Tuesday, June 7, 2011

Perjuangan Daei'

Perjuangan kita sebagai daei' bukan seperti mereka yang hidup bagaikan robot untuk memenuhi tuntutan dunia! Kita berjuang untuk mengharumkan nama Islam dan meraih Redha-Nya. Selamat Berjuang Akhi!

Satu lagi sms pembakar semangat yang dihantar oleh Akh Japi, ana sangat berharap agar dapat meminjam kekuatan ikhwah-ikhwah sekalian tatkala berjauhan dari antum semua.

Monday, May 30, 2011

tanda kewujudan al-Haq

"Kamilah pewaris yang cuba membimbing manusia, kamilah rahsia al-Haq yang tersembunyi, matahari sentiasa menyuluh cahaya kepada kami, awan kami mengandungi kilat dan sinar yang terang benderang, jasad kami adalah cermin kepada kebenaran, ketahuilah, tanda-tanda al-Haq itu wujud: wujudnya Muslim" (Muhammad Iqbal)

Wednesday, May 25, 2011

Guru

"GURU ibarat hujan yang menyuburkan hati yang gersang, ibarat matahari memberi sinar harapan, ibarat bintang memberi petunjuk kepada pelayar di malam hari, ibarat awan menjadi tempat berteduh, ibarat air yang menyucikan, ibarat panji yang membawa kemuliaan, ibarat angin yang meniupkan semangat, ibarat sungai yang mengalirkan ilmunya. GURU ibarat kunci yang akan membuka pintu-pintu kejayaan di dunia & akhirat, bagi seorang yang bernama MURID"

SMS kali ni ana terima dari akhi Ihsan sempena hari guru tempoh hari. Seperti biasa, sangat panjang dan membuatkan senyum ana pun panjang hingga ke telinga sepanjang perjalanan balik ke rumah!

Tuesday, May 17, 2011

Orang-orang Takutkan Allah

"sesungguhya orang-orang yang takut kepada tuhannya yang tidak terlihat oleh mereka, mereka memperolehi pahala dan ampunan yang besar." "dan rahsiakanlah perkataanmu dan nyatakanlah. sungguh, dia mengetahui segala isi hati." Surah Al-Mulk 12-13..

Kali ini ana mendapat Sms daripada Akhi Fadhil MRSM dan kini melanjutkan pelajaran di UTP. Ana terkejut bila membuka SMS ini kerana sudah sekian lama ana loss contect ngn dia. Akhi Fadhil merupakan salah satu daripada Anak Halaqah ana semasa mereka di MRSM KK. Moga hidupnya penuh Barakah dengan berpaksikan risalah Al-Quran dan Ass-sunnah.

By Hadi Muslim

Monday, May 9, 2011

Percaya Dengan Pertolongan Allah

Mari kita luruskan niat kita, niatkan semua perbuatan kita hanyalah ikhlas mencari ridha Allah.. Mari kita berjuang melawan hawa nafsu. marilah, kita pancarkan energi ikhlas dari diri kita. Awalnya mungkin akan sukar, akan penuh penderitaan, kita akan kepayahan.. Tapi percayalah dengan pertolongan Allah, semua yang sukar menjadi mudah, derita dan kepayahan akan sirna, berganti dengan kebahagiaan hakiki, kebahagiaan karena meraih ridha Allah SWT
kali ini ana ambil dari post akh Rusdi yang ditulis di wall group ikhwah ums. Kredit kepada penulis blog Hadi Muslim, akh Rusdi Rusli...Doakan juga zaujah akh Rusdi yang sedang mengandung diberi kekuatan untuk terus berjuang menyebarkan dakwah dan cemerlang dalam peperiksaan.

Tuesday, May 3, 2011

Hebatnya Istiqamah


Serinya wajah kerana mantapnya tarbiyah, cahayanya mata kerana bermuhasabah, kuatnya hati kerana bermuqarrabah, hebatnya diri kerana istiqamah, salam mujahadah.

just a short post, tak larat nak menyalin sms yang panjang-panjang buat masa ni, ana sedang demam final exam! Mohon doanya =)

Thursday, April 28, 2011

Sengsara Membawa Nikmat

Sengsara membawa nikmat..."orang yang tak pernah pedih hatinya, tak pernah merasai kelagaan hati. Orang yang tak pernah merasakan lapar, tak mengetahui nikmatnya kenyang. Orang yang tak pernah sakit, tak mengerti nikmatnya sihat. Orang yang taak pernah dipenjara, tak memahami indahnya kemerdekaan. Ingat! musibah adalah pelajaran"

buat akh Ihsan yang tak jemu menghantar sms pembakar semangat, syukran jazilan...memang sangat bersemangat setalah membaca sms yang dikirimkan. SMS tersebut adalah kata-kata yang dipetik dari untaian kata-kata Dr. Aidh al-Qarni. Respect la kat anta akh, banyak betul anta membaca buku yang tak berkenaan dengan sains makanan dan pemakanan. Knoledge is power, read!

Monday, April 25, 2011

bersama orang beiman

Bukan cinta manusia yang ku damba, tapi cinta agung sang maha pencipta yang ku cari. Bukan kawan, lawan, kekasih yang dirindui, tapi pertemuan dengan Allah di akhirat kelak. Bertemu berpisah kerana Allah, ukhwah terjalin atas landasan iman, rindu padamu teringat Allah. Moga nanti bersama dengan orang beriman.

*p/s : Sstelah sekian lama akh Musari mendiamkan diri. Suatu malam ana dapat sms ni dari ikhwah tersebut. Selamat bermujahadah akh.

Sunday, April 24, 2011

Heart we've touched

Life is never measured by the years we live or the wealth we possess, but by the caring we do, the cheer & love we share with the people whose hearts we've touched.

Friday, April 22, 2011

someday

Someday, someone might come into your life and love you the way you're always wanted. If your someday was yesterday, learn. If your someday is today, cherish...

Kali ini sms ana ambil dari youtube kedaikreatifcom. Kata-kata kat hujung video sangat la menyentuh hati. Kalau anda berminat nak lebih banyak, boleh la merajinkan diri untuk melihat-lihat koleksi video yang cute dan himpunan kata-kata yang sangat sweet kat kedaikreatifcom tu.

Tuesday, April 19, 2011

jalan Allah

Kita minta kepada Allah setangkai bunga segar, Dia beri kaktus berduri. Kita minta kupu-kupu, diberi ulat berbulu. Kita sedih & kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga, indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang cantik. Itulah jalan Allah, indah pada masanya. Allah tak memberi apa yang kita angankan, tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang-kadang kita sedih, kecewa, terluka tetapi jauh di atas segalanya, Da telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

redha

Redhalah terhadap keputusan Allah pada setiap yang ditetapkan. Sesungguhnya Dia tdak mencegah pemberianNya melainkan yang terbaik buatmu. Diatidak menguji kecuali untuk mengampunimu, tidak memberi sakit kecuali untuk meningkatkan darjatmu. Usah sampai ketetapanNya membuatmu tidak redha meski seketika cuma kerana ia hanya akan memalingkan dirimu dari pandanganNya. Semoga Allah mencintaimu bersama para kekasihNya

kalau antum dah biasa dengar istilah "SMS Tahajud", kali ini ana dapat satu lagi jenis sms...oleh kerana dihantar untuk mengucapkan selamat duha, jadi ana namakan sms seperti ini dengan "SMS Duha". Idea menarik dari incek Amzar